Singgah Santai Resort - Tempat Mandi Kolam Murah Di Selangor

JALAN-JALAN
March 16, 2021 - 05:57 PM


Orang Selangor, kalau korang suka mandi kolam, ataupun korang nak bawa anak-anak mandi kolam dalam Selangor yang murah, korang boleh cuba Singgah Santai Resort yang terletak di Hulu Langat. Tempat ini yang paling syok sebab harga dia sangat berpatutan, hanya RM10 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak. Budak bawah 1 tahun, masuk percuma!

Dekat sini bukan ada satu kolam je macam kolam renang awam, ada 5 kolam untuk korang pilih yang mana satu nak terjun, dan antara 5 itu, 3 adalah kolam kanak-kanak. Salah satu kolam dekat sini memang sesuai untuk umur 2-3 tahun, air cetek, dan berbumbung jadi korang tak perlu risaukan anak kecil korang, dan dorang tak akan berpanas. 

Dah mandi kolam nanti mesti lapar kan? Dekat sini sama macam pergi kolam renang dan resort lain, korang tak boleh bawa makanan luar. Tapi, yang best-nya sebab makanan dekat sini harga dia berpatutan, jadi korang beli je kat dalam Singgah Santai Resort ini. 

Bab kemudahan korang tak perlu risau, bilik persalinan disediakan. Tapi jangan expect tandas 5-star tau! Surau juga disediakan disini. Kalau korang nak bermalam dekat sini, siap ada homestay! 

Bagi orang Selangor yang ada anak-anak yang suka mandi kolam, atau dewasa yang suka berendam, korang boleh check out Singgah Santai Resort ini!

Destination: 
Artikel berkaitan