
Tak Mampu Terbang Ke Sabah Tengok Regatta Lepa, Jangan Risau Johor Pun Ada!
TRAVELBagi korang yang teringin nak saksikan perlumbaan bot atau perahu, tapi tak mampu dari segi kos atau tiada masa nak terbang ke Semporna, Sabah bagi menyaksikan 'Regatta Lepa' di sana...
Jangan risau sebab di Kota Tinggi, Johor juga buat julung kalinya bakal berlangsung 'Johor International Dragon Boat Regatta 2019' pada Sabtu dan Ahad ini (27 & 28 April) bertempat di Laman Tun Sri Lanang, Sungai Johor.
Seramai 800 peserta daripada 35 pasukan telah mendaftarkan diri untuk bertanding termasuk dari Malaysia dan negara seperti Kanada, Hong Kong, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Zimbabwe serta Belanda.
Kejohanan yang pertama kali diadakan di selatan tanah air itu, turut dianjurkan bersama oleh Harlie Venture, Tourism Johor dan kerajaan negeri Johor.
Pengarah Harlie Venture, Harris Sani berkata perlumbaan perahu naga ini diharap dapat mempromosikan Johor sebagai salah satu destinasi sukan pelancongan antarabangsa, selain mendedahkan orang ramai terhadap acara ini.
Sungai Johor dikenal pasti menepati saiz 200 meter kelebaran dan panjang yang sesuai sebagaimana syarat minimum penganjuran perlumbaan berkenaan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Pada pertandingan itu, sebanyak lapan acara dayung jarak 200 meter akan dipertandingkan mengikut kategori -- International Premier Men12’s, International Premier Men 6's, International Premier Women 6's, International Premier Mix 12's, International Masters Open 12's (Tahun lahir 1979 & sebelum), International Premler Junior Men12s, (Umur 13-23 tahun) International Premier Junior Men12"s (Tahun Lahir 1996-2006) dan Malaysia Closed Government Agencies Mix 12's (Termasuk Tentera).
Jadi, jom ramai-ramai kita turun ke Johor dan meriahkan pesta air dekat sana!
Rasanya sama hebat juga tu dengan pesta Regatta Lepa yang popular kat Sabah, sama juga diadakan hujung minggu ni.
Sumber: BERNAMA
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video