Trip 5 Hari di Semporna & Tawau Bersama Tourism Malaysia

July 02, 2019 - 03:17 PM


Sabah antara permata Malaysia. Terlalu banyak tempat menarik untuk aku listkan seluruh Sabah. Kalau nak terjah semua tempat menarik di Sabah memang akan makan masa bulanlah kot. Jadi memandangkan aku pun ada komitmen lain dan trip ini is fully sponsored by Tourism Malaysia ianya mengambil masa selama 7 hari sahaja.

Dalam 7 hari di Sabah kami sempat cover 5 bandar utama di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Oh before this, aku dah buat trip ini pada bulan November tahun lepas under Air Asia. Tapi still banyak lagi tempat aku belum pergi.

#Tip Pengangkutan

Pengangkutan utama di Sabah adalah Flight, Kereta dan Boat. Untuk korang yang tertanya-tanya macam mana nak travel dari bandar ke bandar dekat Sabah, ini jawapan dari aku. Ye lah Sabah is huge bro. Nak drive memang penat ler. Jalan pula memang macam dajal bagi sesetengah tempat.

Untuk bergerak dari bandar ke bandar aku banyak guna domestic flight dan van sahaja. Untuk ke pulau-pulau pula ada boat dan ferry. Speed boat pun ada.

Dari KL ke Kota Kinabalu aku naik Air Asia sebab AA ni biasa buat promo. Jadi dapatlah murah kadang-kadang. Penerbangan dari Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 10 minit sahaja. Actually lama juga tu. Dan ruang udara antara semenanjung dan Malaysia Timur kadang-kadang agak rough sikit. This part always make me scare and i dont like it.

Dari KK ke Sandakan aku naik flight MasWing. Ada banyak pilihan, boleh naik Air Asia jugak dan boleh jugak fly direct dari KLIA ke Sandakan. Sebelum ni aku juga pernah ke Mantanani Island tapi aku still turun di KK dan naik kereta ke Kota Belud. Dari situ aku naik boat.

Lain-lain dari Sandakan ke Lahad Datu, Lahad Datu ke Semporna, Semporna ke Tawau aku naik van yang disediakan. Korang boleh sewa kereta kalau nak pusing Sabah. Cuma dari Tawau ke KK aku naik flight. Dan kebiasaanya macam tu lah akan naik flight dari Tawau samaada ke KK dahulu ataupun ke KL terus.

  • KL > Kota Kinabalu – Flight (MAS, Air Asia, Malindo Air)
  • Kota Kinabalu > Pulau Mantanani – Kereta & Boat
  • Kota Kinabalu > Sandakan – Flight (Air Asia, MAS, Mas Wing)
  • Sandakan > Lahad Datu – Drive dalam 2 jam
  • Lahad Datu > Semporna – Drive dalam 1 jam 30 minit
  • Semporna > Sipadan – Boat dalam 45 minit
  • Semporna > Tawau – Drive dalam 2 jam
  • Tawau > Kota Kinabalu – Flight 1 jam (Air Asia, Mas Wing, Malindo Air, MAS

Ok untuk trip kali ini aku skip ke KK, Sandakan dan Lahad Datu sebab aku dah pernah ke sana. So kalau korang nak tahu apa yang aku buat kat sana boleh baca cerita aku yang lepas.

So dari sini aku terus skip ke Semporna ye. Untuk trip ini kami bersama Aliff Satar, namun team diorang memang start dari Kota Kinabalu, aku pula hari ketiga baru start join diorang dan kami akan berjumpa semasa dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 mini. Kami berkumpul di sebuah kedai tepi jalan dan makan goreng pisang cicah teh panas. Goreng pisang sini murah gilerr.

#Semporna

Sampai di Semporna kami terus ke Jetty untuk naik boat ke check in di Sipadan Mabul Resort (SMART). Boat dari Semporna ke Sipadan dalam 45 minit kalau tak silap. Kami akan stay di Sipadan Island selama 3 hari 2 malam sebab nak jelajah pulau-pulau sekitar Sipadan. Aku dari kecil lagi kot memang teringin gila nak gi Sipadan ni. Biasa tengok dalam Majalan 3 je dulu. Nak pergi tak mampu sebab belum kerja masa tu. Seingat aku masa tu aku baru umur dalam 12 tahun kot. Alhamdulillah dapat juga aku jejakkan kaki di Sipadan Island ni. Thanks Tourism Malaysia for bring me here. Really Appreciate it.

Air di Sipadan memang wow! Jejak je kaki di Sipadan Mabul Resort ni aku dah excited lain macam dah. Terus buat live uolls… Sipadan ni memang famous untuk mereka yang sukakan diving. Hidupan laut di Sipadan memang tidak dapat dinafikan sangat indah dan Sipadan juga antara best spot untuk diving di dunia.

Untuk rakyat Marhein macam aku ni, bilik yang sesuai adalah standart chalet. Itu pun dah lebih dari mewah dah bagi aku. Nak stay bilik best rugi juga sebab aku banyak habiskan masa di luar resort untuk menjalankan aktiviti yang telah djadualkan. Lainlah kalau aku ni sejenis orang kaya bolehlah stay di resort mewah atas air tu. Maybelah one day bila aku dah berjaya dan kaya..

#Harga Bilik di Sipadan Mabul Resort (SMART)

Untuk pakej 2 hari 1 malam harga bermula dari RM1,430 per person. Kalau nak lebih dari itu korang boleh contact direct Mabul Island Resort. Atau boleh juga ke MountKinabalu.com untuk membuat tempahan samaada secara solo ataupun dalam group.

#Aktiviti di Sipadan Mabul Resort (SMART)

Banyak aktiviti yang korang boleh buat jika datang ke sini. Tak kan nak stay dalam bilik jer kan? Lainlah kalau korang stay dekat Mabul Water Bungalow Resort. Kalau dekat sana korang boleh je stay dalam bilik. Sebab bilik di awesome gila. Dari dalam bilik pun korang boleh tengok penyu berenang. Dan depan resort ni juga ada tempat snorkeling yang best. Actually kalau korang stay dekat Sipadan Mabul Resort pun boleh je datang snorkeling dekat Bungalow Resort ni. Boleh request buggy. suruh diorang hantar. Serius weh air kat situ perghhh. Rasa macam tak puaslah stay 3 hari 2 malam. Seminggu baru best.

Di Sebelah petang kami pusing-pusing kampung sekitar Sipadan ni. Boleh jalan kaki sahaja dari resort aku stay tu. Kat sini ada jual cenderamata untuk korang yang nak bawa balik something from here. Kat sini juga ada banyak kedai runcit yang jual makanan asasi macam meggie tu. Tenang betul stay kat sini. Budak-budak kat sini pun masih lagi main permainan macam kita kecil-kecil dulu. Diorang petang-petang main guli, main chop tiang dan macam-macam lagi lah.

Selain itu, aktiviti diving dan snorkeling serta island hopping macam biasa boleh di buat dekat sini.

#Tip di Sipadan


Untuk datang ke sini boleh ambil flight direct dari KL ke Tawau. Kalau booking direct dengan Resort, diorang akan sediakan bas dari Tawau ke Semporna yang mengambil masa 1 jam. Lepas tu dari Semporna kena naik boat dalam 45 minit ke Sipadan Mabul Resort.

Jangan lupa packing barang-barang yang sesuai untuk bercuti di Pulau ye. Boleh check dekat sini untuk barang-barang yang aku bawa masa ke Sipadaan.

Baca: 7 Cara Mudah Packing Barang Untuk Travel​

#Pulau-Pulau di Sekitar Sipadan Island

#Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya.

Keistimewaan Pulau Bohey Dulang ialah pulau ini mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter. Dari situ, korang akan dapat menikmati pemandangan sangat indah keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar.

Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar. Bulan Februari sehingga April adalah waktu terbaik untuk melancong ke Bohey Dulang kerana cuaca pada bulan tersebut sangat baik, tiada hujan atau ribut.

#Mantabuan

Dari Pulau Bohey Dulang, kami terus menuju ke Pulau Mantabuan. Jarak masa antara dua buah pulau ni ialah kira-kira 7 minit. Pulau ni terkenal dengan keindahan terumbu karangnya. Tapi, sayang seribu kali sayang, time kami sampai, paras laut sudah tohor. Jadi, not much we can do. Mau snorkeling pun cuma di tepi-tepi pulau saja sebab bot tidak dapat lalu to the other side of the island. Sempat jugalah berendam snorkeling sekejap tengok batu-batu karang.

#Tatagan

Pulau Tatagan ini sangat istimewa bagi aku. Aku dah sampai kat sini dua kali. Kali kedua memang aku dah prepared tak terkejut semasa first time dekat sini. Namun ianya tetap meruntun dan sesekali merentap perasaan dan jiwa aku sebagai seorang manusia apabila melihat penduduk bajau laut. Rasa bersyukur dalam diri terbit serta merta. Namun tiada sedikitpun perasaan mengeluh di wajah mereka walaupun hidup dalam serba serbi daif. Hanya wajah gembira sahaja terpancar di wajah mereka tatkala kami sampai memberi makanan kepada mereka. Bersedialah untuk bot anda dikerumu oleh mereka.

Mula-mula aku terfikir nak bawa gula-gula tapi, diorang jenis lepas dapat kulit coklat tu diorang buang dalam laut macam tu jer. Jadi untuk elak dari pencemaran air laut yang jernih korang boleh bawa buah yang siap di potong untuk diorang.

#Fakta Tentang kaum Bajau Laut

Bajau Laut, sering dipanggil “gipsi laut”, merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.

Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala’u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.

Kehidupan mereka jauh ketinggalan zaman.

Mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.

Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Jika matahari berada di atas kepala, tandanya telah masuk waktu tengah hari.

Oleh kerana kebanyakan masa mereka tinggal di laut, malah sejak bayi lagi, maka mereka tidak tahan berada di daratan untuk tempoh yang lama.

Kumpulan etnik ini merupakan antara perenang dan penyelam paling mahir di dunia tanpa menggunakan alat pernafasan atau kemudahan skuba.

Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter tanpa menggunakan tangki oksigen, dan mampu menahan nafas di dalam air selama 10 minit.

#Sibuan Island

Jarak masa antara Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan ialah kira-kira 20 minit macam tu. Cuaca sangat baik time tu. Laut sangat tenang. Jadi perjalanan yang jauh pun rasa sekejap.

Pulau ni kecil saja. Tapi, apa yang menarik tentang tempat ni ialah pantainya yang putih meleret jauh ke laut. Sangat insta worthy. Apa saja yang aku gambar di sini, semuanya turn to very beautiful photos.

Selain itu ada juga Timba Timba dan Pom-Pom & Bum-Bum yang boleh korang pergi.

Untuk hari kedua di Sipadan kami buat Island Hopping di pulau-pulau yang aku sebutkan kat atas tu. Pakej ini dah sedia dengan makan tengah hari siap-siap dah. So tak yah risau pasal makan. Cuma sayangnya aku masih lagi tak berpelung untuk hiking Bohey Dulang. Kali kedua aku datang sini dan masih lagi tak boleh hiking sebab cuaca hujan. Mungkin kena datang kali ketiga kot.

#Tip Bohey Dulang

Bohey Dulang antara syurga dunia lah orang kata, view dari atas memang ohsem beb. Orang kata lagi. Aku tak sempat naik. Cuaca pula memainkan peranan penting. Kalau malam sebelum korang nak hiking tu hujan, korang memang tak leh naik bohey dulang tak dibenarkan. Sebab akan licin dan bahaya. Situasi ini terjadi masa pertama kali aku datang Bohey Dulang. Situasi kedua pula terjadi masa nak hiking tu hujan. Malam sebelum tu okay sahaja cuacanya. So still tak boleh hiking. Sila check cuaca dulu sebelum datang sini. Tapi cuaca kat sini tak menentu. Ikut nasib.

Korang mesti pakai kasut untuk hiking. Kalau berselipar tidak dibenarkan naik untuk tujuan keselamatan. In case kalau lupa bawa kasut (atau pura-pura lupa), korang boleh sewa sepasang kasut getah dengan harga RM5.00.

#Tip Keselamatan

Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan menyediakan pos kawalan keselamatan yang digerakkan kerajaan dan Pihak Berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). So its safe guys!

Okay dah habis pusing-pusing pulau, kami balik ke Resort dalam jam 3 petang kot. Dah balik tu kami sambung bersnorkeling dekat Mabul Bungalow Water dulu. Adalah dekat 2 jam kami kat situ. Bagi mereka yang tahu berenang memang heavenlah macam aku. Tapi ombak dia kuat walaupun nampak tenang. Banyak kali juga aku rasa macam nak lemas sebab penat nak ikut arus yang kuat tu.

#Regatta Lepa 2019

Hari keempat aku dah check in dari Sipadan Mabul Resort dah. Untuk hari ke 4 aku ada satu program terbesar dekat Semporna iaitu Regatta Lepa 2019. Regatta Lepa ini adalah pesta air tahunan yang diadakan di Semporna, Sabah. Kali ini Regatta Lepa merupakan pesta air terbesar sepanjang dalam sejarah penganjuran Regatta Lepa.

Ini kali pertama aku tengok depan mata Regatta Lepa. Menarik dan sangat unik. Ada lebih kurang 500 perahu yang terlibat dalam upacara Regatta Lepa 2019 ini. Selain itu, ada juga pertunjukkan macam mana abang-abang askar laut dan PASKAL bertugas dan berhadapan dengan musuh negara di perairan Sabah ni. Kita pun tahu bermacam-macam kes yang kita dengar di Semporna ini yang melibatkan penculikan dan sebagainya. Namun, dengan ketangkasan abang-abang PASKAL dan NAVY perairan Sabah selamat dan para pelancong tidak perlu risau jika nak datang ke Semporna.

Turut hadir di Regatta Lepa 2019 juga adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berpendapat Penganjuran Regatta Lepa Semporna mampu memberikan limpahan dan impak besar untuk memajukan daerah itu sebagai promosi menggalakkan daripada sudut pelancongan sekaligus menjana ekonomi penduduknya.

Actually aku tak dengar sangat ucapan Datuk Seri tu sebab excited tengok perahu yang dihias cantik-cantik untuk perarakan ini. Jika korang nak plan untuk datang bercuti bolehlah plan tahun depan semasa Regatta Lepa. Tapi serius weh ramai gila orang. Lagi-lagi malam tu ada persembahan dari Dato Seri Siti Nurhaliza.

Dah habis Lepa, kami akan terus ke Tawau tapi sebelum tu, aku singgah dulu di Muzium Tun Sakaran. Jujurlah aku ni bukan minat sejarah tapi bolehlah sikit. Kalau korang yang minat sejarah tu luangkanlah sedikit masa di muzium ni.

Update: kami sempat juga hiking Bukit Tengkorak. View kat atas nice kalau korang pandai ambil shoot dan ada editing skill yang mantap. (do u know what i mean?) hehe

#Tawau

Tawau adalah destinasi terakhir dalam trip jelajah Sabah. Memang kebiasaan Tawaulah titik akhir sebab ia terletak di bawah sekali dan ada flight direct ke KL dan Kota Kinabalu. Ok dekat Tawau ni aku dah 2 kali sampai. Ada banyaak tempat menarik yang korang boleh pergi.

Tawau juga tempat shopping paling murah dan best di Sabah. Kalau korang nak cari seafood, ikan bilis mata biru dan keropak di Sabah, kat Tawaulah tempatnya. Sebab tu Tawau jadi destinasi terakhir. Dan satu lagi ikan bilis mata biru tu memang asal dekat Tawau. Kalau korang beli dekat KK tu ianya datang dari Tawau. Maksudnya lebih murah kat Tawau.

Kalau korang nak beli semua tu boleh ke Tawau Tanjung Market.

Kaki gila seafood inilah tempat nak makan seafood fresh, murah dan sedap!

Sebelum aku habiskan duit di Tawau Tanjung Market, aku beraktiviti dulu. Nak bagi fit sikit sebab dah beli siap-siap kasut dan kelengkapan hiking di Montanic Adventure kan. So pagi-pagi lagi kami dah hiking Tawau Hills Park.

Tawau Hills Park

Taman Negara Bukit Tawau atau juga dikenali sebagai Kawasan Peranginan ‘Table’. Tempat ini menjadi kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan hutan rimba dan kedamaian deruan air terjun dan jeram yang mempesona. Di Taman Bukit Tawau ini juga disediakan kemudahan hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.

Selain itu, di sini juga disediakan kawasan untuk mereka yang suka mengadakan aktiviti perkhemahan. Mengikut maklumat pihak Pengurusan Taman Bukit Tawau ini, terdapat juga sebuah pokok tertua yang dikatakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara berdekatan taman peranginan ini. Pokok ini adalah daripada jenis pokok Tualang atau di Sabah ia lebih dikenali sebagai Pokok Menggaris.

Dah hiking penat-penat, aku singgah dekat Teck Guan Cocoa Museum. Sebab kuih koko dan air koko dia sedap. Haha Serius weh sedap gilaaa….Kalaulah aku pandai masak aku dah buat dah kuih koko tu.

Habis sudah pengembaraan di Sabah ini. Masa untuk balik KL dan hadap segaja kerja di Office!

Balik KL

Flight yang disediakan untuk kami dari Tawau ke Kota Kinabalu. Terpaksa transit dekat KK 2-3 jam termasuk tunggu flight delay. So dengan itu aku tutup cerita di Sabah. Thanks to Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourims Board untuk Itinerari dan trip yang awesome ini. Lain kali ajak lagi yer. So korang tu tak perlu habiskan duit di negara orang boleh sahaja pusing-pusing Malaysia. Boleh tengok dekat Tourism Malaysia untuk destinasi yang best di Malaysia!

Next aku akan update pasal tempat makan sepanjang trip ini!

Destination: