Terokai Masjid Masjid "Madinah" di Banda Aceh

TRAVEL
August 14, 2017 - 10:41 AM


Aceh sememangnya di kenali sebagai Serambi Mekah. Pegangan agama Islam di Aceh yang kuat membuatkan ianya begitu di kenali sebagai tempat menarik untuk orang-orang islam.

Terdapat banyak masjid-masjid yang cukup menarik di Banda Aceh. Peristiwa Tsunami pada tahun 2004 juga membuatkan masjid masjid di sini begitu di kenali kerana masjid masjid ini ibarat "kalis" ombak satu ketika dulu.

Antara masjid yang sempat kami singgah semasa lawatan ke Aceh baru-baru ini adalah Masjid Raya Baiturrahman dan juga Masjid Masjid Rahmatullah.


Sesuai dengan tagline Aceh “The Light of Aceh” kat sini memang banyak masjid cantik – cantik. Dah jadi satu tarikan jika datang ke Aceh kena melawat masjid kat sini. Antara yang paling menjadi tumpuan adalah Masjid Raya Baiturrahman.

Masjid ini di bina pada tahun 1612 dan merupakan sebuah masjid ikonik yang ada di Aceh. Di inspirasikan daripada bangunan Taj Mahal, masjid ini di bina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang merupakan Sultan yang paling gah dalam kesultanan Aceh.

Pada satu ketika dahulu masjid ini pernah di serang dan di bakar oleh pihak Belanda seterusnya menambahkan kemarahan penduduk Aceh. Namun begitu pada tahun 1877 pihak Belanda membina semula masjid ini setelah melihat kemarahan yang kian membara. Kira diorang tu pujuk balik lah. tau takuttt…Heheh. Masa tu zaman pemerintahan oleh Sultan Aceh yang terakhir iaitu Sultan Muhammad Daud Syah Johan. 

Semasa Tsunami pula, Masjid ini salah satunya bangunan yang tetap berdiri teguh sedangkan semua bangunan disekelilingnya rebah menyembah bumi. Dari segi sains mereka kata sebab bahan-bahan yang di gunakan untuk bina masjid ini bahan asal sebab tu kukuh. Tengoklah masjid ni pun di bina pada tahun 1612 lagi. Tapi tak tahu lah ini semua kuasa yang Maha Esa..

Selain Masjid Raya Baiturrahman satu lagi masjid yang berdiri gah tatkala badai melanda adalah Masjid Rahmatullah yang terletak di Lampuuk.

Entah macam mana masjid ini boleh berdiri teguh walaupun hanya terletak beberapa meter sahaja dari laut. Hanya sebahagian kecil depan majsid je yang rosak. Dan kerosakan itu dibiarkan hingga sekarang sebagai bukti Masjid ini pernah di pukul ombak.

Boleh di katakan hampir 100% masjid yang aku jumpa kat sini semua cantik-cantik. Sesuai dengan jolokan Aceh sebagai Serambi Mekah.

Jadi bagi mereka yang ingin merasai pengalaman Jalan-jalan di rumah Allah yang sangat awesome ini boleh lah datang ke Aceh.