Tiada Lagi Sekatan Perjalanan Untuk Peminjam PTPTN Menjelang Julai 2018
TRAVELMenteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah membuat satu pengumuman berkenaan isu PTPTN yang melibatkan lebih 400,000 nama peminjam daripada disenarai hitam untuk ke luar negara.
Tambah beliau lagi, proses untuk mengeluarkan nama peminjam ini sebenarnya telah dimulakan sejak awal bulan lepas.
Laporan Free Malaysia Today pula ada mengatakan yang proses ini akan berakhir pada 15 Jun 2018. Jadi, jika korang ‘sangkut’ dekat airport nanti, sila berjumpa pegawai imigresen disana.
Namun, nama peminjam-peminjan masih kekal dalam rekod CCRIS dan secara tak langsung mereka tidak dapat untuk membuat sebarang pinjaman daripada pihak bank.
Walaupun agak gembira dengan berita ini, tapi hutang tetap perlu dibayar. Cuma inisiatif untuk menangguh sehingga mendapat gaji minima RM4000 itu didapati adalah wajar.
Jika korang tak pasti status korang, boleh semak status senarai hitam Imigresen di pautan bawah ni :
SEMAK STATUS PERJALANAN
So, korang nanti dah boleh travel, simpan sikit untuk bayar ptptn. Macam contoh, ambil 10% daripada budget korang travel tu, bayar sikit. Sebab secara logiknya, kalau korang mampu travel, takkan korang tak mampu nak bayar ptptn. Betul tak?
Melainkan korang perlu travel atas urusan kerja lah kan.