Tip Bercuti di Morocco: 13 Cara Elak Kena Scam di Marrakech

TRAVEL
June 04, 2018 - 02:13 PM


Marrakech merupakan ibu kota kepada Morocco atau Maghribi. Terletak bersempadan antara benua Eropah dan Africa membuatkan cuaca di Morocco tidak begitu panas dan tidak begitu sejuk. Namun, elemen padang pasir masih lagi menebal di Morocco. 

Sebenarnya aku pun tak pasti Morocco ni Africa ke Arab ke Eropah sebab dah bercampur campur. Jika korang berpeluang untuk menjejakkan kaki di bumi Morocco boleh lah baca tip ni dan kadar scam di sana juga agak tinggi. 

Perkongsian dari saudara Oren Katique!

1) Make sure cakap korang dari Malaysia. Orang Morroco suka dengan Malaysia. Jangan berpura-pura jadi orang Saudi ya walau muka persis Arab. Lagi mahal kene katok. Muka macam Pinoy please tegaskan korang dari Malaysia. U'll fell wonderful dengan price yang dia offer untuk Malaysian.

2) Sila beli local simcard. Google maps sangat penting di old medina untuk selok belok jalan kat sana. Sim card usually free kat airport. Topup 10 dirham utk 1GB for 3 days, 20 dirham utk 3GB for 5 dan so on. Tanya kedai ada tak reload untuk amount korang nak. Better pergi kedai phone. Kedai tepi jalan maybe jual double.

3) Kalo ada orang nak tunjuk jalan, please jangan follow kecuali polis. All scammer tu. Dia akan follow kita ans insist nak tolong. Mereka ada dimana-mana sahaja. Perhatikan tourist yang sesat. Ayat yang biasa dengar "road close that way".

4) Kalo nak makan, ni yang paling penting ya. Food scamming kat sini meriah. Okay food scamming part 1: Katakan koranv order tanjine beef. Nanti sementara tanjine tu siap, dia akan served roti, and all veggies. Roti tu free, tapi veggies sebanyak hidangan nasi padang tu berbayar ye. Korang ingat nanti all those food are set. Tapi semua chargeable. Kalo tak nak, sila suh diorang kutip balik.

5) Food scamming part 2: Semua kedai akan ada broker dia. Tukang bawa menu tu bukan free ya. Chef pon bukan free ya. Sediakan 5 dirham untuk broker dan 5 dirham untuk chef. Kadang-kadang bayar salah satu je. Yang tips ni tak leh elak.

6) Kalo makan kat food court (petang-malam) di square please pergi kedai yang high rated di trip advisor je. Jangan percaya pada orang-orang yang bermulut manis di sana. Ingat, nothing is free in Morroco unless they said so.

7) Kalo gunting rambut for example. Dia akan cakap gunting 50 dirham. Nanti dia shave sekali tanpa kita nak. Pastu final bill 150 dirham. So, tanya awal-awal shave berapa price dia offer. Tapi service dia kasi tip top.

8) Untuk hammam, ada local hammam ada juga spa hammam. Spa hammam lagi selamat untuk terkena scam. Tapi local hammam, sila cari high rated from trip advisor. Saya tak kene scam lansung malah dapat extra service. 

9) Shopping bargain part 1: Trick diorang, ada yang tak bagitau harga awal-awal. Sampai nak bayar baru charge mahal-mahal. So, mana yang kekwat nak nak bagi harga tu, move on je. Harga kalo letak satu-satu benda mahal, please bargain up to 50%. Tapi kalo dia letak rendah berbanding kedai lain, korang tawar 30% tu kira dah okay.

10) Shopping bargain part 2: Kalo tak ada dirham, jangan lah korang nak bayar dalam euro. Elok-elok 20 Dirham, trus jadi 20 euro. Sila tukar duit siap-siap. 

11) Nak tukar duit pulak, please cari currency exchange yang display komputer depan korang. Tanya dulu rate then kira siap-siap. Scam diorang, bagi note tak cukup then suruh blah awal-awal. So selagi tak tele amount, jangan blah dari counter.

12) Jangan ambik taxi. Ambik lah airport transfer yang disediakan hotel. Kalo rasa mahal, fikir, you have no idea what going to happen dalam taxi later. 

13) Kalo ambik tour ke dessert, sila bargain atleast 30 dirham per trip. And tanya betul-betul apa yang tak di cover. Usually tips and entrance fees (25 dirham) tak di cover ya. And lunch pon sendiri-sendiri. 

Rasanya tu sahaja. Selamat travel ke Marrakech.

Destination: