Tips Nak Beli Tiket Kapal Terbang Untuk Dapatkan Harga Murah...

TRAVEL
November 30, 2017 - 03:35 PM


Ada banyak tips dekat website untuk kita dapatkan penerbangan murah. Salah satu cara ialah dengan bandingkan dahulu dengan beberapa website. Jangan bergantung pada satu sumber je.

 

Kalau ikutkan pakar dari momondo.co.uk, kita sebenarnya boleh dapatkan banyak penjimatan lagi kalau tempah pada waktu yang tepat. Ini termasuk pada waktu, hari atau minggu yang spesifik tau!

 

Misalnya, tak ramai yang tahu tapi, tempahan yang dibuat untuk penerbangan pada hari Selasa adalah 11 peratus lebih murah. Logiknya, tak ramai yang terfikir nak bercuti apabila minggu baru sahaja bermula.

 

 

Yang kedua, tiada istilah siapa cepat dia dapat bila cerita pasal tempahan tiket. Trick nya disini adalah, tempah pada waktu petang. TIket yang ditempah pada waktu petang sebenarnya 9% lebih murah daripada waktu pagi.

Bergantung kepada destinasi, kalau korang buat tempahan 60 hari sebelum penerbangan, korang boleh jimat sebanyak 34 peratus daripada harga tambang.

 

 

NAMUN, situasinya berbeza jika anda ingin terbang ke Asia. TIket penerbangan untuk ke negara Asia akan jadi lebih murah pada waktu pagi.

 

So, dah tahu tricknya. Cuba kira 60 hari dari sekarang, dan tempah pada waktu pagi dan cari penerbangan hari Selasa.

 

Selamat mencuba!

 

Sumber : Website