Transit Lama? Pilih Salah Satu Daripada 5 Airport Terbaik Di Dunia Ini

TRAVEL
March 19, 2019 - 06:05 PM


Lapangan terbang, kadang kala menjadi mimpi ngeri buat penumpang. Ini berkemungkinan disebabkan beberapa faktor yang mungkin datang dari pengalaman buruk penumpang tersebut atau mungkin infrastruktur dan kecekapan lapangan terbang itu sendiri yang kurang memuaskan.

Kadangkala, untuk satu penerbangan yang jauh atau nak menjimatkan kos penerbangan kita akan memilih untuk transit di mana-mana airport sebelum menaiki penerbangan seterusnya untuk ke destinasi kita.

Untuk mengelakkan korang terkena atau mengalami pengalaman yang pahit ni, ada 5 airport terbaik di Asia dan Timur Tengah untuk korang transit. Kalau di 5 lapangan terbang ini, masa transit panjang pun mungkin korang tak kisah. Hehe.

#1. Lapangan Terbang Changi | Singapura

Singapura walaupun negaranya kecil, tapi mereka mempunyai lapangan terbang terbaik di dunia dan telah banyak memenangi pelbagai jenis anugerah. Kepada yang belum sampai lagi ke Changi, terdapat banyak tarikan menarik merentasi empat terminal di lapangan terbang Singapura ini.

Daripada tempat nak bergambar seperti Heritage Zone, Viewing area sehinggalah taman indoor yang menempatkan taman orkid, bunga matahari dan kaktus.

Bulan April nanti,dibuka pula satu lagi tarikan terbaru iaitu Jewel yang merupakan satu hab pelbagai fungsi dan juga menempatkan air terjun indoor tertinggi di dunia. Oh, Lapangan terbang Changi juga menawarkan perkhidmatan city tour tau. Jangan ketinggalan.

 

#2. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon | Seoul, Korea

Penerbangan lewat atau transit lama di Incheon tidak akan membosankan. Itulah yang kami boleh perkatakan sebabnya di Incheon ini terdapat pelbagai tarikan menarik dan boleh membuatkan anda merasa bukan berada di airport.

Antara tarikan yang terdapat disini termasuklah tempat bermain golf, taman indoor, gelanggang luncur ais, muzium kebudayaan dan rangkaian kedai makanan yang menjanjikan sajian tempatan dan antarabangsa.

Sama seperti di Changi, Lapangan Terbang Incheon menawarkan lawatan ke bandar Seoul. Ramai yang memilih untuk mendapatkan penerbangan transit pada waktu petang supaya dapat jalan-jalan di Seoul secara percuma ni.

 

#3. Lapangan Terbang Haneda | Tokyo, Jepun

Walaupun ramai pelawat antarabangsa yang akan memasuki Jepun melalui Narita, airport di Haneda, Tokyo ini telah dinobatkan sebagai airport ke-3 terbaik di dunia oleh Skytrax.

Ramai yang salah anggap yang Haneda ni hanyalah menawarkan penerbangan domestik tetapi sebenarnya banyak juga penerbangan antarabangsa yang singgah atau keluar dari sini.

Kalau di Narita, penumpang agak ramai dan padat tapi di Haneda, lebih kurang orang. Jadi, transit di sini lebih tenang selain di terminal mereka ada tempat khas untuk membersihkan diri di tingkat-2. Untuk penumpang yang ingin terbang keluar, terdapat spa di tingkat 4 dan 5 kompleks berkenaan.

 

#4. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong | Hong Kong

Jarang kita dengar lapangan terbang ada panggung wayang, tetapi di Hong Kong, diorang ada pawagam IMAX terbesar dan ianya percuma untuk penumpang untuk menunggu penerbangan mereka.

Selain itu, terdapat juga Muzium Penerbangan yang memaparkan segalanya berkaitan sejarah penerbangan di Hong Kong termasuklah ada satu flight simulator.

 

#5. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai | Dubai, UAE

Walaupun menurut rating Skytrax, lapangan terbang di Doha mendapat tempat lebih tinggi tetapi di Dubai ni, dia boleh dikatakan syurga beli belah. Kebanyakan barangan berjenama dijual di Duty-Free mereka.

Selain beli belah, untuk yang travel bersama anak-anak, boleh ke Zon Kanak-Kanak di terminal 3 yang mana terdapat banyak permainan interaktif. Selain itu untuk penumpang yang berlepas dari airport Dubai ini, mereka boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti berenang, gym, spa dan terdapat leboh daripada 1000 restoran.

Nota Editor : Belum pernah merasa naik penerbangan yang ada transit lagi. Menunggu waktu boarding di KLIA pun dah cukup lama rasanya… Hahaha…

Sumber | Traveloka 

11 Airport Paling Cantik Di Dunia

12 Makanan Yang Perlu Dielakkan Sebelum Naik Kapal Terbang