"Kalau Jadi Macam Ni Boleh Sambung Solat?" - Viral Video Imam Diserang, Pemuda Beri Penjelasan Tentang Sah Solat

TERKINI
March 27, 2023 - 02:09 PM


Semalam, negara dikejutkan dengan satu video apabila seorang imam yang sedang mengetuai solat Subuh nyaris dilempang seorang lelaki menggunakan selipar.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 6.18 pagi ketika imam sedang solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Ramai netizen yang kagum dengan imam tersebut kerana peka dengan keadaan sekeliling dan berjaya mengelak dari terkena lempangan selipar. Namun, ramai juga netizen yang tertanya-tanya apakah langkah yang  boleh diambil  sebagai makmum jika terjadi perkara yang sama.

@almahiraja @XTRA terlebih dahulu saya nk mohon maaf pada imam sebab tergelak tengok video ni tadi 😭 semoga imam sihat selalu dan dilindungi Allah sentiasa ❤️ #almahiraja #dakwahbiarsampai #usrahdbs #ramadhan2023 ♬ original sound - ALMAHIRAJA

Seorang pengguna TikTok, berkongsi sedikit ilmu tentang apa tindakan yang boleh diambil serta sah atau tidak solat yang telah didirikan. Menurut @almahiraya, solat imam itu terbatal namun tidak berdosa kerana keadaan darurat.

Kedua, seorang makmum juga boleh kehadapan menggantikan imam tersebut dan meneruskan solat jemaah. Namun ramai  yang terbatal solat mereka jika diperhatikan dalam video kerana pergerakan besar yang banyak.

Selain itu, makmum juga boleh berniat mufaraqah iaitu niat nak asingkan diri dari imam atau jemaah dan boleh selesaikan solat secara berseorangan.

Destination: