Satu Kelab Bola Sepak England Benarkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Di Tengah Padang!

GAYA HIDUP
July 08, 2022 - 11:03 AM


Tinggal sehari dua je lagi umat Islam di serata dunia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha! Namun sambutan Aidiladha di satu kawasan di United Kingdom, Lancashire lebih istimewa dan unik pada tahun ini.

Kelab Bola Sepak di sana iaitu Blackburn Rovers membuka pintu stadium seluas-luasnya untuk para penyokong muslim untuk solat sunat Aidiladha di dalam stadium mereka Ewood Park!

Ruangan yang telah dibenarkan adalah di atas padangnya sendiri! Umat Islam di UK bakal meraikan Hari Raya Aidiladha pada hari Sabtu tanggal 9 Julai.

Ini bukan kali pertama Blackburn Rovers membenarkan para penyokong untuk tunaikan solat, bahkan pada Hari Raya Aildilfitri yang lalu buat julung kalinya mereka menjadi kelab bola sepak yang pertama di England menjadi "tuan rumah" untuk sambutan dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

 

Lelaki dan perempuan dibenarkan masuk untuk solat sunat Hari Raya, dan mereka perlu membawa keperluan solat seperti sejadah dan sebagainya sendiri. Polisi terbuka dalam pentadbiran Blackburn Rovers dipuji ramai orang di England biarpun terdapat beberapa herdikan dan kecaman dari sebilangan mereka.

 

 

Destination: