Traveloka Tawar Insurans Perjalanan 'Visa Schengen' Kepada Yang Ingin Melancong Ke Eropah

GAYA HIDUP
July 04, 2019 - 02:06 PM


Seperti yang kita sedia maklum, bermula tahun depan, semua pelancong yang berkunjung ke benua Eropah diwajibkan untuk memiliki 'Visa Schengen' atau di Malaysia lebih dikenali sebagai ‘European Travel Information and Authorisation System’ atau ETIAS.

Peraturan baharu itu adalah bagi membenarkan pelancong antarabangsa bebas keluar – masuk di 26 negara di kawasan Schengen di bawah Kesatuan Eropah (EU) termasuk Belanda, Perancis, Austria, Itali, Jerman, Swiss, dan Sepanyol, untuk tempoh maksimum sehingga 90 hari.

Bagaimanapun, salah satu syarat untuk mendapatkan Visa Schengen adalah wajib mempunyai insurans perjalanan yang sah.

Oleh itu, laman web tempahan hotel & pesawat utama, Traveloka menawarkan insurans perjalanan Visa Schengen kepada pelanggannya yang mempunyai rancangan bercuti ke Eropah.

Insurans berkenaan bakal memberikan perlindungan kepada mereka sekiranya berlaku sebarang kemalangan, perubatan, kelewatan dan pembatalan penerbangan, termasuk perlindungan bagasi.

Semua perkhidmatan itu ditawarkan dalam satu pakej insurans yang boleh didapati di Traveloka dengan harga RM24.50 (Traveloka Schengen Basic) dan RM98 (Traveloka Schengen Platinum) untuk tempoh perjalanan selama seminggu.

Sumber: Tempo.co

Baca juga: Pelancong Malaysia Perlu ETIAS Untuk Ke Eropah. Apa Itu ETIAS?

 

;