4 Langkah Untuk Pilih Travel Insurans Terbaik
GAYA HIDUPInsurans perjalanan atau travel insurans merupakan salah satu perkara penting yang korang kena pertimbangkan dalam merancang perjalanan korang. Tak kiralah perjalanan solo atau dengan keluarga, travel insurans merupakan salah satu perkara yang pada kami sangat-sangat penting.
Mungkin masih ada traveller yang skeptikal tentang insurans semasa travel ni, tapi percayalah lepas tahu kepentingan travel insurans, korang takkan travel tanpa insurans lagi selepas ini.
Kalau nak diikutkan, nak apply untuk travel insurans ni bukannya susah sangat pun, ia semudah korang nak book tiket penerbangan jugak, dan menariknya korang boleh apply travel insurans secara online je.
Kebiasaannya, soalan-soalan lazim yang akan ditanya adalah “insurans travel mana yang terbaik?” atau “insurans travel mana yang bagus”. Pada kami, korang lakukan 4 langkah ini sebelum dapatkan travel insurans.
Apakah Ciri-Ciri Travel Insurans Terbaik?
#1. Semak Pakej Insurans Yang Korang Dah Ada
Sebelum dapatkan apa-apa insurans travel, semak semula perlindungan dalam pakej insurans yang korang dah beli sebelum ni. Semak je. Baik insurans perubatan, peribadi, kereta waima insurans rumah sekalipun. Semak apa yang setiap insurans ni ‘cover’.
Baca dan fahamkan setiap isi dalam polisi insurans korang. Kalau tak faham, call agen atau terus ke syarikat yang tawarkan insurans tersebut dan mintak diroang jelaskan apa yang termasuk dalam pakej.
Kadangkala, kita tak perasan tapi sesetengah insurans yang kita dah beli sebelum ini turut serta dengan perlindungan ketika travel. Sama juga macam sesetengah kad kredit. Ada yang membuat tawaran insurans percuma kalau korang buat pembelian tiket penerbangan, penginapan dan sebagainya. Untuk kredit kad ni, korang kena hubungi pihak bank untuk dapatkan penjelasan lanjut.
#2. Ambil Tahu Keadaan Semasa Destinasi
Sebelum dapatkan mana-mana pakej insurans perjalanan, korang kena faham dan tahu yang tawaran perlindungan syarikat ini berbeza mengikut destinasi. Kalau dalam negara lain perlindungan dia, kalau luar negara lain pulak.
Keboasaannya, perlindungan yang diberikan berbeza-beza. Ada polisi yang lindungi kehilangan beg, kecurian, ataupun penerbangan dibatalkan. Ada yang akan bagi pampasan. Tapi, bergantung pada syarikat insurans dan bayaran premium korang.
Sesetengah syarikat, dia tidak akan lindungi kalau kita ke negara yang berisiko tinggi. Kalau diorang ada tawarkan pun, harga sememangnya akan mahal daripada negara lain. Korang jangan ingat diorang sengaja ‘mark-up’ pulak.
PILIHAN EDITOR
-
Pentingkah Insurans Perjalanan Ketika "Travel" ?
-
6 Perkara Yang Sering Buatkan Anda Menyesal Tak Ambil Insurans Perjalanan
#3. Awasi ‘Perangkap’ Dalam Polisi
Rajinkan diri untuk survey dan bandingkan setiap pakej dan polisi travel insurans yang ada sebelum beli. Ingat, apa yang korang beli, itu yang kroiang dapat. Sebab biasanya, kalau betul korang ada buat ‘homework’ dan bandingkan dengan betul, korang akan perasan yang kadangkala insurans mahal-mahal tu bukannya bagus sangat.
Kedua, jangan ‘termakan’ dengan harga murah. Biasanya, yang murah ini akan memerangkap kita dekat bahagian polisi dan terutama di bahagaian perlindungan. Sebab tu, kami suka tekankan, pastikan korang baca dan fahamkan setiap polisi sebelum beli.
Ambil tahu atau tanya macam mana nak buat tuntutan, kalau korang dengan pun macam melecehkan, jangan lah ambil dari syarikat tersebut.
#4. Pertimbangakan Iteneri Korang
Kalau dalam iterneri korang ada melibatkan aktiviti-aktiviti lasak, pastikan polisi dan syarikat insurans korang tu ada buat perlindungan ke atas korang kalau aktiviti-aktiviti lasak ni ada. Sebab selalunya, insurans tidak akan tanggung kalau aktiviti berisiko tinggi macam sky diving, bungee jumping dan sebagainya. TAPI, macam kami cakap diawal tadi, dia bergantung kepada syarikat insurans.
Kalau tak faham terma dan perlindungan yang dinyatakan dalam polisi, tanyakan terus kepada agen misal kata korang beli dari agen, atau direct ke syarikat menjual insurans tersebut.
Nota Editor : Travel Insurans tak mahal, selalu apply online je, dalam 30 minit siap dan polisi akan diemailkan...