5 Tips Travel Yang Boleh Dipelajari Daripada ‘Traveller Tegar’

GAYA HIDUP
March 20, 2019 - 12:32 PM


Traveller ‘tegar’ diklasifikasikan sebagai seseorang yang dah biasa atau kerap travel sama ada keluar negara atau dalam negara. Sejenis traveller tegar nib oleh dikatakan setiap bulan mahupun minggu akan berada di negara yang berlainan. Baik atas tujuan pekerjaan, mahupun urusan peribadi.

Jadi, tak salah rasanya mereka ini dijadikan rujukan.

Selain itu, di lapangan terbang sendiri kitab oleh kenal pasti mereka-mereka yang kerap travel dan mereka yang jarang mahupun yang pertama kali. Bermula dari kaunter print boarding pass, sehinggalah proses boarding.

5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Dari Mereka Yang Sering Travel ni adalah :

#1. Tenang, jangkakan masalah

Dalam apa sahaja keadaan, perlulah bertenang. Selalunya, kalau kita berada dalam keadaan tak tenang dan panik, apa pun tak boleh nak difikirkan.

Kita perlu menjangakan ‘worst-case’ scenario dan bersedia untuk perkara tersebut. Contohnya, penerbangan lewat, dibatalkan, kemalangan dalam perjalanan, jalan sesak, kehilangan bagasi dan sebagainya.

Selalunya, mereka yang travel ni dah mengambil kira semua ini dalam perjalanan mereka. Ini adalah penting dalam proses untuk membeli tiket penerbangan ataupun penginapan di negara orang nanti.

Buat pembayaran menggunakan transaksi online yang boleh di’cancel’ tanpa sebarang cas dikenakan. Jadi kalau ada masalah, kita cancel aje.

Jalan paling selamat, beli lah insurans travel.

 

#2. Pastikan Kad Kredit / Debit Boleh Digunakan

Sebagai langkah keselamatan, kebanyakan kad debit baru sekarang ini perlukan kita untuk ke bank atau melalui panggilan telefon untuk mengaktifkan pengeluaran antarabangsa. Jadi, sebelum keluar negara, pastikan pengeluaran antarabagsa atau penggunaan dia di luar negara diaktifkan.

Setidaknya, kalau apa-apa berlaku kita ada back-up.

 

#3. Cara Mengurangkan ‘Jet Lag’

Jet lag biasanya berlaku apabila kita merentasi dua zon masa dan badan kita sukar nak mengadaptasi dengan masa disana. Biasanya ia menglibatkan waktu tidur lah.

Caranya, masuk kapal terbang, sesuaikan diri dengan zon masa tempat yang kita nak tuju. Macam contoh kita dijangka tiba pagi, semestinya waktu naik kapal terbang tersebut adalah malam. Jadi, anggap sahaja ianya malam, terus tidur. Sesuaikan juga dengan jadual pemakanan korang.

Kalau ada habit nak minum kopi, tunggu sampai tiba di destinasi atau sesuaikan dengan waktu pagi tempat korang tuju tersebut.

 

#4. Untuk Penerbangan Panjang

Untuk penerbangan yang mengambil masa yang panjang, pastikan korang memakai pakaian yang bersesuaian. Sebagai contoh seluar dan baju yang selesa, tidak ketat dan sebagainya. Tips ; elakkan menggunakan skinny dan seluar bertali pinggang. Selain mencepatkan proses di pemeriksaan keselamatan, korang akan berasa selesa atas kapal terbang.

Antara jenama yang ada di pasaran, ZXU

Cuba pakai stoking jenis ‘compression’. Stokin ini biasanya dijual di kedai sukan dan bertujuan untuk mengelakkan kecederaan kepada atlet dalam sukan larian dan sebagainya. Selain meningkatkan peredaran darah, stokin jenis compression ini akan mengurangkan sakit dan bengkak kaki.

Cuba bangun dari tempat duduk setiap dua jam untuk buat regangan kaki atau berjalan sedikit dalam kapal terbang. Tapi, pastikan berjalan semasa lampu keselamatan dipadamkan lah. Kena marah dengan stewardess nanti. Hehe.

 

#5. Barangan Penting Letak Dalam Beg Carry-On

Jika korang bawak backpack, tak ada masalah. Selalunya yang travel menggunakan backpack ni akan bawa naik ke kabin. Jika ada dua beg, pastikan barang-barang penting dibawa naik ke atas.

Sila pastikan korang ada sepersalinan baju dalam carry-on tersebut. Katalah beg lambat keluar dari pesawat nanti, setidaknya ada baju bersih untuk ditukar.

Selain baju, pastikan barangan elektronik, duit dan ubat-ubatan berada dalam beg carry-on korang ye.

Nota Editor : Kalau nak cepat di laluan pemeriksaan keselamatan, beratur dibelakang orang yang bawa backpack. Diorang ni biasanya ada backpack je untuk dimasukkan dalam bekas tu. Jadi, pemeriksaan jadi cepat.

Tips Kekal Cantik Semasa Melancong 

Tips Dan Panduan Membeli Travel Backpack