Tips Hilangkan Mabuk Kenderaan Ketika Travel





Ada sesetengah orang, naiklah kenderaan apa sekalipun, tak ada sebarang masalah pun atau pada dia, sama sahaja. Tetapi, ada pula sesetengah yang ada motion sickness atau kita panggil mabuk kenderaan.

Untuk yang kedua ni, ikut ketahanan dan berbeza dari setiap individu. Ada yang naik bas okay, tapi bila naik kereta, dia mual – mual, pening. Ada yang tak boleh naik bas, tapi kapal terbang okay. Macam – macam lagi lah.

Kalau saya sendiri, akan lebih pening kalau terbaca apa-apa tulisan bila naik kenderaan. Hehe. Keadaan ni sebenarnya kita panggil ketidakpadanan deria dan biasanya ia terjadi kalau kita duduk di bahagian belakang kereta dan sebagainya. Apa yang terjadi adalah, otak menghantar isyarat yang kita tak bergerak padahal badan kita tahu yang kita dalam kenderaan dan sedang bergerak.

Jadi, apa yang berlaku adalah otak akan keliru dan menghantar isyarat yang berlainan. Sebab itu kadang – kadang, entah dari mana kita tiba – tiba pening, mual, muntah atau rasa panas.

Ada beberapa tips yang korang boleh buat untuk kurangkan dan atasi masalah mabuk kenderaan; antaranya adalah :

#1. Jangan Biarkan Perut Kosong

Ramai berpendapat, kalau perut kosong nanti bila muntah, tak ada apa yang akan keluar. Ternyata ianya salah. Travel dengan perut kosong lagi akan membuatkan korang rasa nak muntah.

Setidaknya alas perut dengan makanan ringan. Sebabnya adalah bila perut berisi, ia akan memproses makanan dan secara tak langsung ia akan ‘bekerja’. Jadi bila berlakunya keadaan ketidakpadanan deria tadi, perut akan ‘sibuk’ dengan tugasnya dan kita akan kurang rasa nak muntah.

 

#2. Tenangkan Fikiran

Cara terbaik kalau nak ikutkan adalah kita kena cepat – cepat sesuaikan diri dengan kenderaan yang bergerak tu. Contohnya kalau naik feri atau bot, naik ke tempat pating tinggi dan tengok sekeliling untuk ‘lupakan’ pasal bot yang sedang bergerak tu.

Paling penting, sesuaikan diri dan tenangkan fikiran secepat mungkin. Kalau ada tingkap, buka sikit untuk amik udara luar.

Kalau menaiki kapal terbang, tipsnya adalah duduk di kawasan sayap kapal terbang, ini merupakan kawasan palin stabil dan senang nak amik ‘window shot’ hehe.

 

#3. Halia

Ye, walaupun ramai tak suka halia tapi ia merupakan salah satu ‘ubat’ paling mujarab untuk melawan mabuk atau mual – mual. Walaupun secara saintifiknya tidak dapat dibuktikan lagi, tapi ada kajian yang buktikan ia mampu kurangkan ketidakselesaan pada perut.

Cuba masukkan hirisan halia dalam teh chamomile, ataupun cari gula-gula yang ada halia. Sangat membantu!

Selain halia, boleh cuba dengan apa – apa yang berkaitan dengan asam jawa, gula – gula misalnya.

 

#4. Alihkan Perhatian

Cuba alihkan perhatian korang, berkhayal misalnya. Yang penting, cuba ‘tipu’ minda kita untuk mengatakan yang kita sebenarnya ‘tak bergerak’. Walaupun kadang – kadang, ianya lebih memeningkan, tapi kalau berjaya, kita akan hilang rasa pening kepala.

Kalau jenis yang boleh membaca, mambaca. Kalau boleh tengok movie, tengoklah. Atau paling mudah, pejamkan mata, bukak spotify!

 

#5. Segarkan Diri

Kadangkala, faktor penat juga mainkan peranan menyebabkan kita mabuk. Jadi, solusinya adalah segarkan diri dengan bau-bauan yang menyegarkan macam peppermint atau apa- apa yang ada menthol.

Kalau saya, saya gunakan inhaler selsema tu. Hilang pening, hilang mengantuk jugak. Kalau ada essential oil lagi bagus. Tak kira apa jenama sekalipun, cari peppermint. Kalau jenis yang boleh disapu, sapukan belakang telinga, sapukan sikit dekat hidung.

 

#6. Gelang Anti- Mual

Istilahnya kalau nak cari adalah ‘anti-nausea band’. Bentuknya macam gelang dan ia dipakai di pergelangan tangan. Cari online, banyak ada.

Fungsi nya sebenarnya ia adalah gelang akupuntur dan bila gelang tersebut dipakai, ia akan betul – betul berada di atas titik akupuntur yang dinamakan Pericardium 6 yang mana, sekiranya ditekan, akan menghilangkan mual.

Kalau minat, dekat Lazada ada, dalam lingkungan 25 hengget.

 

#7. Ubat

Ada sesetengah daripada kita, buatlah cara apa sekalipun, tak akan berjaya. Jadi, kalau korang tergolong dalam kumpulan ini, terpaksalah bergantung kepada ubat.

Cuba tanyakan di farmasi untuk ‘travel pill’ atau ubat tahan pening masa travel. Sea sickness pill dan sebagainya. Ada dijual.

Kalau tak yakin, cuba tanyakan doktor korang. Mesti dia akan bagi ubat yang berkenaan.

Selamat mencuba! Have a good trip!

 

;