6 Barangan Wajib Ada Untuk Travel Keluar Negara

GAYA HIDUP
March 22, 2019 - 05:10 PM


Berjalan atau bercuti ke negara orang ni sememangnya sesuatu perkara yang best. Walaupun kadang kala ada beberapa perkara yang tak best berlaku, itu tak bermaksud semua orang kesana mengalami pengalaman tersebut.

Kebiasaannya, faktor yang selalu ditakuti atau dirisaukan oleh seorang traveller adalah keselamatan. Baik dari segi keselamatan diri, mahupun keselamatan barangan peribadi macam handphone, wallet dan lain-lain.

Ini nak kongsi barangan apa yang korang kena ada kalau ada plan nak travel ke luar negara. Kalau dalam negara pun boleh je pakai sebagai rujukan.

#1. Travel Adapter

Travel adapter ni, ada macam-macam nama lain. Ada yang panggil universal adapter, tapi pokoknya dia membolehkan korang menggunakan peralatan elektrik di tempat yang soket kuasa dia lain dari Malaysia. Indonesia misalnya.

 

#2. Multi-USB Charger

Ini pun nama dia ada pelbagai. Tapi untuk kefahaman yang mudah, dia boleh digunakan untuk mengecas 3 ke 4 peralatan yang menggunakan USB sekali gus. Walaupun agak lambat nanti, tapi setidaknya peralatan korang akan bercas.

 

#3. Powerbank

Powerbank penting bro. Bukan sebab nanti korang tak boleh nak reply whatsapp ke apa, sebab biasanya bila dekat negara orang, kita banyak bergantung kepada telefon untuk rujuk google map, gunakan waze, gunakan Grab dan lain-lain.

Jadi, pastikan powerbank bawak lebih. Lebih elok kalau dia adalah jenis yang boleh dicas menggunakan solar. Sambil-sambil korang berjalan tu, korang cas lah powerbank tu. Bawak sampai 10 powerbank pun tak guna kalau lupa cas. Hehe

 

#4. Sanitizer

Pada kami, sanitizer ni tak berapa penting sangat. Tapi, eloklah distandby dalam beg. Kot-kot lah korang memerlukan. Tapi biasanya, negara luar ada yang sediakan sanitizer dekat kawasan-kawasan tarikan ni.

Selain sanitizer tangan tu, cuba cari sanitizer air. Alat untuk meng-filter air dalam bahasa mudahnya. Setakat ini kami tahu produk LiveStraw je. Yang boleh korang dapatkan di Lazada. Harga RM80 lebih kurang.

 

#5. VPN

Salah satu perkara yang korang boleh pertimbangkan adalah belajar macam mana nak gunakan VPN untuk meningkatkan keselamatan maklumat peribadi yang ada dalam gadjet korang. Biasanya VPN ni ada untuk handphone dan laptop lah.

Ini penting supaya, kalau kita gunakan WIFI umum dekat luar sana, taka da orang boleh hack dan dapatkan segala info tentang kita. Lagi-lagi kalau melibatkan transakti kredit kad dan bank.

Tak pasal-pasal je nanti. Nak senang, download apps yang boleh hide korang daripada orang lain. Tapi cari yang boleh dipercayai lah.

 

#6. Backpack Anti-Theft

Secara jujurnya, banyak pengeluar backpack ada menyediakan beberapa poket ‘rahsia’ pada beg. Itu dah betul dah. Tetapi penjahat sekarang licik, ditorehnya pulak beg. Banyak kes berlaku di tempat-tempat tumpuan yang sesak dengan orang.

Dia buat kerja pun senang sebab orang tak perasan. Selain itu, cuba cari wallet beg yang boleh menghalang RFID. Sebabnya, kadangkala penjahat ni dia datang bawak scanner je, settle masalah dia. Maklumat dapat, kena scam pulak lepas tu.

Nota Editor : Semasa korang jalan-jalan cuci mata tu, alert dengan persekitan. Perhatikan orang-orang yang mencurigakan. Kadang-kadang kita tak perasan, tapi sebenarnya banyak orang yang perhatikan kita dan tunggu kita terleka.  

Tips Yang Boleh Dipelajari Dari Seorang Traveller Tegar 

Etika Menginap Di Backpackers Hostel