Butiran Media Sosial Diperlukan Untuk Visa Amerika Syarikat

GAYA HIDUP
June 13, 2019 - 02:01 PM


Bagi yang ingin memohon visa untuk berkunjung ke Amerika Syarikat, pastikan korang sediakan awal-awal segala butiran media sosial masing-masing ya!

Ini kerana Amerika telah melaksanakan sebuah dasar baharu dimana semua pemohon visa ke negaranya wajib mengemukakan maklumat akaun media sosial Butiran Media Sosial Diperlukan Untuk Visa Amerika Syarikatdaripada 20 platform iaitu ASKfm, Douban, Facebook, Flickr, Google+, Instagram, LinkedIn, MySpace, Pinterest, QZone, Reddit, Sina Weibo, Tencent Weibo, Tumblr, Twitter, Twoo, Vine, Vkontakte, YouKu dan YouTube.

Malah, maklumat tambahan untuk penelitian latar belakang termasuk kata nama (username) media sosial, alamat e-mel dan nombor telefon yang digunakan dalam tempoh lima tahun lalu juga diperlukan bagi tujuan pemeriksaan keselamatan menyeluruh.

Pemohon visa juga perlu melaporkan status perjalanan dan pengusiran antarabangsa dalam tempoh sama serta jika ada anggota keluarga mereka terbabit dalam aktiviti keganasan.

Dasar visa baharu itu merupakan usaha pihak Amerika untuk memperbaiki proses pemeriksaan bagi melindungi rakyatnya, sambil menyokong lawatan sah ke negara 'Uncle Sam'.

Jika ada di antara pemohon didapati menipu mengenai butiran diberikan, kemungkinan besar mereka akan dikenakan tindakan yang serius.

Dasar baharu tersebut pertama kali dicadangkan pada Mac 2018, berkuat kuasa selepas kelulusan borang permohonan dikemas kini. Satu-satunya pengecualian adalah untuk pemohon diplomatik dan rasmi tertentu.

Ia juga terpakai untuk semua pemohon visa pendatang dan bukan pendatang, termasuk bagi tujuan perniagaan atau pendidikan.

Sumber: Berita Harian