Luahan Rasa Rindu Netizen Melihat Gambar Terbaru Cameron Highland Diliputi Kabus Tebal

TERKINI
July 10, 2021 - 06:18 AM


Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai sektor telah tutup dan tidak mendapat sebarang keuntungan. Sektor pelancongan antara terlihat nampak kesan sejak bermulanya PKP ini.

Tempat-tempat peranginan yang sebelum ini meriah dengan pelbagai ragam manusia secara tiba menjadi kosong. Kini Cameron Highland tak ubah seperti bandar misteri dan berkabus.

Lokasi menarik dan penuh tarikan di Cameron Highland seperti udara yang sejuk dan kehijauan, ladang teh dan strawberi, kini sunyi sepi tanpa ada pengunjung.

@pakyabegon

Segar dari ladang😎##cameronhighlandsmalaysia ##foryoupage ##fyp

♬ original sound - Pakya Begon

Berdasarkan video yang dikongsi oleh salah seorang pengguna di TikTok @pakyabegon, Cameron Highland kini diliputi kabus yang cukup tebal dan cuaca di sekeliling nampak begitu dingin. 

Keadaan tersebut membuatkan ramai meluahkan rasa rindu untuk berkunjung ke sana. Keadaan yang begitu sunyi ini terlihat di dalam video itu membuat netizen berasa sebak apabila memikirkan nasib peniaga-peniaga di sana sejak berlakunya Coivd-19 ini selama setahun.

Peniaga-peniaga kebanyakan banyak bergantung pada sektor pelancongan dan mereka ini antara yang dapat kesan teruknya.

Apa-apa pun mari kita berdoa agar pandemik ini yang menggusari hati rakyat Malaysia beransur dengan cepat mari pastikan jaga diri antara kita ketika dalam susah dan senang. 

Sumber: Buzzkini

Destination: