'Noor Nabila & Engku Emran Bercerai' - Lapor Media Indonesia
TERKINIMinggu lepas negara baru dikejutkan dengan berita perceraian pasangan selebriti popular tanah air iaitu Mizz Nina & Noh Hujan -- tapi belum reda dengan kisah mereka hari ini muncul pula khabar satu lagi kes perceraian selebriti Malaysia.
Kali ini ada laporan daripada media Indonesia yang mendakwa pasangan selebriti iaitu kakak kepada pelakon popular, Neelofa -- Noor Nabila dikatakan bercerai dengan suaminya, Engku Emran.
Berita terbaharu itu ternyata tular di aplikasi TikTok apabila ada pengguna memuat naik laporan-laporan kes perceraian berkenaan.
@indonesia_today Mantan suami Claudyacintya Bella, Engku Emran dikabarkan bercerai lagi untuk yang ketiga kalinya, nitizen : Vicky Prasetyo versi Upin Upin #claudyacintyabella #engkuemran #fyp ♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version - Sadvibes🥀
Turut menjadi perhatian, ada yang menulis tajuk bekas suami Laudya Cynthia Bella dikhabarkan bercerai serta mengatakan Engku Emran bukan orang sembarangan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia yang turut terkejut dengan laporan berkenaan kerana tiada laporan mengenai perkara itu keluar daripada media daripada Malaysia serta bertanya mengenai kesahihan berita tersebut.
@indonesia_today Balas @kemala_marvel Dari Engku Emran kita belajar #engkuemran #fyp ♬ original sound - Igan Andhika
Sejak awal bulan ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Noor Nabila apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.
Hasil tinjauan mendapati, gambar pernikahan mereka juga tidak kelihatan malah Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya itu.
Bagaimanapun di Instagram milik Engku Emran kali terakhir dia memuat naik gambar bersama isterinya adalah ketika ulang tahun perkahwinan mereka pada Mac lalu.
Menerusi foto itu, kelihatan pasangan itu baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersama.
Namun, sehingga kini di Malaysia status rumah tangga mereka masih menjadi tanda tanya apabila keduanya saling mendiamkan diri.