Apa Kes Ni? 'Mat Kilau' Sindir Penerbit Filemnya Siap Nak Hadiahkan Handphone

TERKINI
August 12, 2022 - 12:29 PM


Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba 'Mat Kilau' mengamuk di Instagram!

Semalam (11 Ogos) -- pelakon terkenal, Datuk Adi Putra memuat naik satu hantaran di Instagramnya dengan menyindir penerbit filem Mat Kilau iaitu Studio Kembara yang didakwa sukar dihubungi.

Dengan mesej dan caption : "Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd (Studio Kembara), andai tidak cukup 'handphone' (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu 'handphone' agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

"Akan kerana ini saya manfaatkan di 'socmed' (media sosial) agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara," 

Menerusi status sama, Adi dengan tegas menyatakan tidak akan menghadiri tayangan gala filem itu di Jakarta, Indonesia.

"Insya-Allah saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih," katanya.

Hantaran itu turut disertakan keterangan yang mana Adi berharap mesej itu sampai ke pengetahuan pihak berkenaan.

"Semoga mesej ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan," tulisnya.

Sementara itu, cubaan media mendapatkan kenyataan daripada penerbit, Abdul Rahman Mt Dali berkenaan perkara yang terjadi tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Sumber: Harian Metro

Destination: