10 Tempat Makan Menarik Di Pulau Tioman

FOODIE
August 26, 2019 - 02:36 PM


Jika anda bercuti ke Pulau Tioman bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, anda tidak perlu risau soal makan dan minum, sampai terfikir nak bawa bekalan maggie atau makanan segera lain.

Ini kerana di Pulau Tioman terdapat banyak tempat makanan halal yang menghidangkan pelbagai menu lazat terutama makanan laut, dan paling penting mereka tidak menjual sebarang minuman keras atau bahan yang dilarang kepada Muslim.

Berikut antara 9 tempat makan yang boleh anda cuba sekiranya ingin menjamu selera ketika melancong ke Pulau Tioman.

1. Salang Indah Restaurant

Salah satu restoran terbesar jika anda menginap di Kampung Salang, Pulau Tioman adalah Restoran Salang Indah yang terletak hanya seratus meter dari jeti memberikan anda pengalaman menjamu selera dengan pemandangan laut yang indah dan hembusan angin pantai yang sangat menyenangkan.

Di sini terdapat pelbagai menu masakan Thai, sandwic, roti bakar, penkek, bubur, bahkan roti canai turut dihidangkan kepada pelanggan.

Alamat: Salang Indah Resort, Kampung Salang, 86800 Pulau Tioman, Pahang

Tel: 09-419 5054 / 09-419 5015

 

2. Salang Dreams Restaurant

Restoran Salang Dreams adalah salah satu restoran paling popular di pulau ini dan ia sentiasa dipenuhi dengan penduduk tempatan serta pelancong asing.

Mereka paling terkenal dengan menu ayam panggang dan makanan laut yang dihidangkan lengkap bersama kentang, salad dan jagung manis. Selain itu di sini juga terdapat spageti dan stik yang sangat lazat!

Alamat:  Unnamed Road, Tioman Island, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (10 Pagi - 11 Malam)

 

3. Tioman Cabana Beach Bistro

Tioman Cabana Beach Bistro yang berkonsepkan kafe bistro ini adalah sangat disyorkan jika anda berada di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Kebanyakkan menu makanan di sini berasaskan makanan laut, Asia dan vegetarian termasuk penkek, omelet, burger, nasi, mi dan pizza.

Alamat: Kampung Tekek, 86807 Pulau Tioman, Pahang.

Tel: 09-419 1045

 

4. Fiqthya Chalets Cafe

Kafe yang berkonsepkan warung makan ini terletak di Chalet Fiqthya di Kampung Air Batang, Pulau Tioman. 

Salah satu menu yang wajib dicuba apabila makan di sini tentunya 'Fried Tom Yum Noodle' yang sangat lazat serta pencuci mulut istimewanya Clear Coconut Pudding dan pulut mangga.

Alamat: Kampung Air Batang, 86000 Pulau Tioman, Pahang

Tel: 019-775 4584

 

5. Restoran Delima 

Terdapat dua restoran Delima di Pulau Tioman. Yang pertama adalah di Kampung Tekek, manakala restoran kedua terletak di jalan utama Berjaya Resort.

Restoran Delima ini menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan hidangan makanan lazat dengan menu masakan Melayu.

Alamat: Delima Seafood Restaurant, Kampung Tekek, Pulau Tioman, 86807 Rompin, Pahang.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7 Pagi - 1 Pagi)
 

6. Mawar Beach Restaurant

Restoran ini terletak berhampiran dengan Mawar Beach Chalets dan mempunyai pilihan makan malam yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan.

Menu di restoran ini kebanyakannya adalah masakan Melayu dan beberapa hidangan Barat. Di sini mereka turut menyajikan sarapan pagi.

Alamat: ABC Beach, Pulau Tioman, Pahang

Tel: 0196611184

 

7. Warong Syahirah

Restoran ini adalah restoran sederhana berhampiran resort Berjaya Tioman berhampiran jeti Tekek.

Makanannya sedap-sedap belaka kerana ia berasaskan makanan laut segar dengan harga yang berpatutan.

Paling mendapat sambutan adalah hidangan udang dan ayam BBQ yang disajikan bersama sayur-sayuran tempatan. 

Alamat: Lot 450 Kampung Tekek Pulau Tioman, 26800 Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (6 Petang - 10 Malam) 

 

8. Restoran Hijau

Restoran Hijau adalah salah satu restoran terkenal di Pulau Tioman dan popular dengan hidangan masakan India asli, makanan laut dan Cina.

Kebanyakan pelanggan yang datang menjamu selera di sini pasti akan memesan pelbagai jenis makanan laut istimewa yang segar untuk dibakar atau dibuat BBQ.

Alamat: Nazri's Place 2, Kampung Air Batang, 86800 Pulau Tioman, Pahang

Tel: 09-419 1375

 

9. Matahari Restaurant

Jika anda ingin menikmati makan malam dalam suasana romantik bersama pasangan di tepi laut, jangan lepaskan peluang untuk merasainya di restoran Matahari yang terletak di Berjaya Resort Tioman.

Hidangan yang terkenal di sini adalah menu gabungan citarasa Thai dengan wangian pelbagai jenis herba segar seperti pudina, cilantro dan basil. Hidangan Barat juga tak kurang hebat di restoran ini.

Alamat: Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman, Pahang Malaysia

Waktu Operasi: 5 Petang - 10.30 Malam

 

10. ABC Restaurant


ABC Restaurant ini terletak di ABC Chalets, Kampung Air Batang.

Beroperasi hingga lewat malam, restoran ini menawarkan hidangan berpatutan berharga hanya RM20 untuk pelanggannya menikmati pakej BBQ makanan laut yang baru ditangkap oleh nelayan.

Pilih sahaja ikan, udang, sotong semuanya ada! Jika anda bukan penggemar makanan laut jangan risau sebab anda boleh pilih untuk sesi barbeku kepak ayam yang tak kurang lazatnya.

Alamat: Kampung Air Batang, 86000 Pulau Tioman, Pahang

Tel: 013-922 0263

 

Destination: