15 Kafe 'Instagrammable' Di Selangor Untuk Korang Yang Giler Gambar!

FOODIE
November 05, 2020 - 02:59 PM


Minum atau makan di kafe bersama keluarga dan rakan-rakan antara aktiviti yang sering dilakukan oleh golongan muda pada masa kini.

Jika anda antara penggemar kopi, pastry atau hidangan ringan yang biasa ditawarkan di kafe, pasti hari-hari anda tidak akan lengkap tanpa singgah di kafe.

Malah kalau anda kehabisan stok gambar yang biasanya diambil di kafe bagi dimuatnaik dalam media sosial seperti Instagram dan Facebook, anda tidak perlu pergi jauh di kala situasi penularan wabak COVID-19 ini masih belum reda.

Anda boleh singgah sahaja di mana-mana kafe sekitar Selangor untuk menikmati hidangan dan juga bergambar OOTD dengan hiasan dekorasi dalaman serta luaran yang cantik dan unik.

Berikut adalah 15 kafe "hipster" di Selangor yang menawarkan pelbagai tema menarik dan unik yang boleh anda singgah untuk kopi & bergambar cantik :-

1) KAFE LA FLEUR X UNIQORN 

Kredit: @ivyaiwei86/flick

Daerah Petaling selalu terkenal dengan banyak kafe hipster dan unik. Salah satunya adalah kafe Le Fleur x Uniqorn yang bertemakan unicorn.

Kafe ini dihiasi dengan cat merah jambu dan hiasan unicorn yang menjadikan persekitarannya ceria dan cantik sehingga pelanggan boleh mengambil gambar di kafe ini sambil minum kopi dan makanan.

Maksud “La Fleur” adalah minuman panas seperti kopi, coklat panas dan sebagainya.

Sementara tema "Uniqorn" pula diselitkan menerusi hiasan dalam makanan mereka seperti wafel dan ais krim.

ALAMAT: 01, E1, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, 47500 Subang Jaya, Selangor

2) KAFE JIBBY & CO

Kredit: www.kuala-lumpur.ws.com

Jibby & Co Café terletak di sebelah bangunan Empire Mall. Estetika indah kafe ini serupa dengan kafe di Melbourne.

Kafe 2 tingkat ini adalah tempat yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang gemar mengambil gambar atau sejenis “Insta-person” kerana lampu minimalis yang tergantung di siling, tanaman pasu berwarna-warni, cermin kaca besar yang ada di kafe tersebut mampu memantulkan cahaya semula jadi serta memberikan ilusi cahaya yang indah untuk bergambar cantik.

ALAMAT: Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, SS 16, 47500 Subang Jaya, Selangor

3) KAFE KUEH, SHAH ALAM

Kredit: @yanaderoses

Sekiranya anda ingin menikmati makanan tradisional Malaysia, mengapa tidak datang ke Kafe Kueh yang bertemakan hidangan kuih muih atau pencuci mulut tradisional sebagai menu utama mereka.

Terdapat hampir 40 jenis kuih-muih Melayu yang ditawarkan di kafe ini. Kafe ini mempunyai 2 bahagian iaitu di luar atau dalam yang berhawa dingin.

Bukan hanya pencuci mulut, Kafe Kueh juga menyajikan makanan tradisional lain seperti Laksam, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Lempeng dan banyak lagi.

ALAMAT: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Taman Perniagaan Tadisma, 40100 Shah Alam, Selangor

4) KAFE LE GARDENZ

Kredit: @legardenz/facebook

Kafe ini dibuka pada tahun 2014 dan terletak di Kuala Selangor. Pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis makanan dari hidangan utama sehinggalah kepada pencuci mulut.

Kafe 3 tingkat ini mempunyai tema tersendiri. Ia dibina daripada kontena dan menampilkan seni dinding yang menarik di tingkat 1 hingga 2 serta tema alam di tingkat 3.

Kafe Le Gardenz biasanya ditempah oleh pelanggan untuk acara peribadi seperti sambutan hari jadi, reunion dan sebagainya.

ALAMAT: Jalan Kpb 5, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor

5) KAFE THE PICNIC TABLE, KOTA DAMANSARA

Kredit: www.ohfishiee.com

Dengan cuaca yang agak panas dan tidak dapat diramalkan sepanjang tahun, selalu menjadi masalah untuk berkelah di Malaysia. Oleh itu, The Picnic Cafe dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana kafe ini bertema dalam suasana berkelah walaupun sebenarnya terletak di dalam bangunan.

Kafe ini dibina dengan hiasan karpet rumput di mana pelanggan boleh duduk di lantai untuk menikmati makanan di atas meja kayu, sambil berhibur dengan "sesi jamming" khas dan banyak lagi.

Kafe ini menawarkan menu lazat seperti sandwic ayam panggang keju, kek lapis dan pelbagai jenis minuman.

ALAMAT: 62A-G, The Strand, Kota Damansara The Strand, 21, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

6) KAFE THE BOTANIST, SEPANG

Kredit: www.eatsily.com

Pengunjung yang menghabiskan masa di Sepang boleh singgah di The Botanist, sebuah kafe estetik dan indah setinggi 2 tingkat di mana hiasan perabot meja, dinding dan bingkai semuanya diperbuat daripada kayu.

Pokok-pokok semulajadi di luar kedai mewujudkan suasana yang tenang dan damai.

Dengan tema luaran dan dalaman yang berbeza, kafe ini sangat sesuai untuk pelanggan yang gemar mengambil gambar.

Kafe The Botanist menyediakan menu seperti burger buatan sendiri, kek, kopi, jus buah dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

ALAMAT: GP3A-03M, TINGKAT 3M, dataran Tamarind, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya

7) KAFE N16, SABAK BERNAM

Kredit: @tourismselangor

Dikelilingi dengan sawah padi, kafe yang unik ini sebenarnya dibina daripada sebuah bas antik lama yang diubahsuai menjadi sebuah tempat makan.

Pelanggan bukan sahaja dapat menikmati makanan yang lazat tetapi juga mendapat pakej menarik dengan melihat pemandangan sawah.

Kafe N16 ini menyajikan menu seperti spageti, ayam goreng Korea, kek dan minuman.

Selepas makan, pelanggan boleh bergambar sakan dengan berlatarbelakangkan sawah yang menghijau dengan keunikan bas antik yang sangat jarang ditemui sekarang ini.

ALAMAT: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, 45400 Sekinchan, Selangor

8) BLOCKCAFE, GOMBAK

Kredit: www.8spaces.com.my

Blockcafe ini yang dibuka pada tahun 2018 telah menjadi tempat kegemaran ramai pelanggan untuk menghabiskan masa mereka di sini.

Dengan konsep minimalis moden yang indah, kafe ini sangat sesuai untuk pelanggan berposing sambil mengambil gambar cantik bagi dimuatnaik di Instagram masing-masing.

Blockcafe ini menyediakan menu gabungan "Asia" dan "Barat". Kafe ini juga dapat menampung 50 orang pada satu-satu masa untuk acara peribadi. Kepada pelanggan yang singgah di Block Cafe, jangan lupa untuk mencuba Ayam Penyet (Ayam Goreng Jawa) terkenal yang menjadi kegemaran ramai pelanggan mereka.

ALAMAT: No. 59-G, Lorong Perusahaan Ringan 1, Kawasan Perusahan Ringan Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

9) KAFE BACKSTREET, KUALA LANGAT

Kredit: FB @backstreetcafebanting

Kafe Backstreet adalah salah satu kafe hipster di Kuala Langat. Dibuka pada tahun 2014, kafe ini dihiasi secara kreatif dengan seni buatan tangan dan menu ditulis di papan hitam dengan kapur.

Oleh itu, pelanggan boleh mengambil gambar cantik sambil menikmati makanan mereka. Kafe ini menawarkan menu seperti pizza, burger ayam dengan kentang goreng, kopi dan banyak lagi.

ALAMAT: C-G-, Pekan 4, 19, Taman Seri Bayu Morib, Medan Seri Pekan, 42700 Banting, Selangor

10) KAFE DENALI & PINNACLES, BANGI

Kredit: @nadiahahmd

Kafe Denali & Pinnacles yang luas ini terletak di Bangi. Kafe ini terletak di tingkat 2 bangunan di mana pelanggan boleh menikmati pemandangan yang indah pada waktu petang.

Kafe berkonsepkan 'bohemian' ini sangat sesuai untuk anda mengambil gambar Intagrammable.

ALAMAT: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

11) KAFE PROVISION, DAMANSARA

Kredit: @babyliciuos

Kafe Provision ini dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang sahaja. Sebaiknya anda datang pada waktu pagi kerana kafe ini menyediakan menu roti buatan sendiri seperti sandwic, roti bakar, “sourdough” dan lain-lain. Dengan bahagian luar yang berkonsepkan moden tetapi sederhana, ia sangat sesuai untuk OOTD di media sosial anda.

ALAMAT: 49, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

12) KAFE TINY BAKER, DAMANSARA

Kredit: tinybaker.my

Kafe bergaya Korea ini sangat sesuai untuk pelanggan datang dan menghabiskan masa sambil mengambil gambar kerana hiasannya yang ringkas dan estetik di setiap sudut.

Kafe ini menyediakan menu kek yang dihiasi pelbagai corak, warna dan hiasan menarik. Kafe ini juga menyediakan ruang untuk majlis hari jadi dan acara peribadi.

ALAMAT: C58-2, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

13) KAFE TUJOH, PETALING JAYA

Kredit: @tujohcafe

Kafe Tujoh terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya ini dilengkapi dengan dua ruang dalaman yang berbeza.

Seni bina dan hiasan kafe ini dilengkapi dengan perabot bergaya klasik dan vintaj termasuk koleksi televisyen dan radio lama, pokok hijau, poster, lukisan hitam dan putih moden dan gabungan lampu gantung. Latar belakang yang subur dan penembusan cahaya matahari dari luar menjadikan Tujoh Cafe ini lebih menarik dari pelbagai sudut untuk gambar media sosial.

ALAMAT: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

14) KAFE BUKKU, KLANG

Kredit: @bukkucafe

Dengan hiasan dalaman Jepun yang minimalis dan estetik, kafe ini adalah tempat yang sangat indah untuk pelanggan menjamu selera.

Nama kafe "Bukku" ini mengambil maksud buku yang banyak menghiasi rak-rak buku kayu yang ada di sini.

Sekiranya anda singgah di kafe ini, jangan lupa untuk mencuba "Salted Egg Croissant", "Almond Tiramisu" dan "Burnt Cheesecake" yang menjadi signature menu dan sering disebut-sebut oleh ramai pelanggannya.

ALAMAT: No.1, Jalan Singgahsana 4A / KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

15) KAFE TUAH, BANGI

Kredit: @tuahcafe

Kafe berkonsep santai ini terkenal dengan pelbagai menu mulai dari makanan hingga minuman.

Sekiranya anda singgah di kafe ini, jangan lupa untuk mencuba hidangan makanan khas Barat mereka iaitu Trip Platter yang terdiri daripada gabungan buffalo wings, bebola daging lembu dan kentang goreng yang sepadan dengan selera.

Selain itu, terdapat juga pelbagai rasa kopi Frappuccino seperti Cookies & Cream, Black Forest dan banyak lagi.

ALAMAT: No 20, Jalan 7 / 1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Sumber: Tourism Selangor

Destination: