5 Desserts Cafe Yang Korang Kena Try Di Penang

FOODIE
November 03, 2020 - 11:22 AM


Rasanya dah banyak kali artikel dari Rileklah memberi kenyataan bahawa Penang merupakan syurga makanan di Malaysia. Memang ada banyak restoran, warung, dan gerai makan yang unik dan membawa rasa tersendiri dalam masakan mereka. Dan percaya atau tidak, ramai rakyat Malaysia yang melancong ke Penang hanya untuk makan tau. Bukan sekadar hidangan utama je, Penang juga ada lokasi-lokasi dessert (pencuci mulut) yang best.

 

1) The Warung

Terletak di Lebuh Victoria, The Warung mempunyai suasana tenang yang menyajikan kopi yang sangat sedap. Bukan tu je, speciality The Warung adalah pada fruit waffle mereka. Memang rangup dan cruncy disaluti dengan Haagen-Dazs ice cream, korang pasti teruja dan terliur bila berada di sini. Lokasi ni sesuai untuk korang yang nak cari tempat hangout dan tak mahu makan banyak. 

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang setiap hari

Alamat: 145, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Penang

Laman Web | Facebook | Instagram

 

2) HAP Desserts & Toast

Kalau korang teringin nak makan ais kepul yang lembut ala-ala bingsu di Korea, korang boleh datang ke HAP Desserts & Toast ni. Kedai ini menyediakan menu sarapan pagi, pencuci mulut, dan macam-macam lagi la. Korang kena try diorang punya Souffle Pancakes dan Shibuya Toasts, memang sedap gila. Malah seperti gambar di atas, kakigori (abc style Jepun). 

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 10.30 malam

Alamat: 9, Lebuh Nanning, George Town, 10400 George Town, Penang

Facebook | Instagram

 

3) Joies Sourdough Cafe

Kafe ini terletak di Pulau Tikus dan ianya sangat terkenal dengan makanan yang tidak menggunakan perasa tiruan. Kebanyakan makanan di kafe ini akan disiapkan mengikut order pelanggan, dengan kata lain, tiada makanan yang dah siap buat di sini. Ini bagi mengekalkan kesegaran dan rasa makanan tersebut, memang padu flavor sini. Korang kena try makan breakfast di kafe ni, recommended.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 9 malam. Khamis tutup. 

Alamat: 1st floor, 32, Jalan Moulmein, Pulau Tikus, 10350 George Town, Penang

Laman Web | Facebook | Instagram

 

4) The Table Penang

Kafe yang kecil dan selesa ini terletak di Georgetown dan menghidangkan pelbagai jenis makanan dan juga kopi yang sedap. Kalau korang mencari-cari kafe yang buka hingga lewat malam, The Table Penang adalah pilihan terbaik kerana ianya dibuka dari petang hingga 12 tengah malam. Nak makan dinner, atau sekadar hindangan ringan, confirm korang puas hati dengan kualiti makanan di kafe ni.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 6 petang hingga 12 tengah malam. Khamis tutup.

Alamat: 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Laman Web | Facebook Instagram

 

5) Inherit Taste Patisserie

Kalau korang tak tahu, kedai ni selalu viral dalam kalangan mereka yang minat makan dessert. Ini kerana kedai ini menyediakan hidangan yang menarik perhatian melalui warna warni pada makanan mereka. Memang tak sah kalau tak ambil gambar bila makan kat sini. Malah menu di sini juga sering berubah-ubah mengikut musim, jadi korang kena selalu datang dan try menu-menu baru mereka yang keluar.

Waktu Operasi: Khamis hingga Isnin, 12 tengah hari hingga 10 malam. Rabu tutup.

Alamat: 16, Jalan Imigresen, 10400 George Town, Penang

Facebook | Instagram

 

Jom Makan Dessert!

Jadi bila korang dah tahu nama-nama kedai ni, kena la try satu-satu betul tak? Tapi ingat, sekarang tengah musim COVID ni korang kena jaga SOP dan pakai penutup muka okay? Selamat menjamu selera guys! 

Destination: