Creme De La Creme - Port Ais Krim Terbaik Di Penang Yang Korang Wajib Cuba

FOODIE
March 25, 2021 - 03:03 AM


Dalam cuaca yang panas ni mesti korang mencari lokasi dan makanan yang boleh menyejukkan dan memberi kesegaran kepada diri korang kan? So kalau korang duduk di Penang tu, apa kata korang singgah ke Creme De La Creme ni. Ianya merupakan sebuah kedai ais krim yang sangat terkenal di KL, dan kini telah membuka cawangan pertama mereka di Penang.

Antara keunikan kedai ini adalah ais krim yang diperbuat 100% dari bahan semula jadi tau.

Setiap ais krim di dalam kedai ini tiada perisa tambahan dan pewarna yang digunakan. Memang natural semuanya! Disebabkan itu, korang boleh rasa sendiri betapa smoothnya tekstur ais krim ni bila masuk dalam mulut korang tu. Sedap gila guys.

Kedai di Penang ini mengenakan tema minimalist yang berwarna putih dihiasi dengan pokok-pokok kecil yang membuatkan warna kedai tersebut pop out. Tapi bila naik tingkat atas, korang akan dapat feel rustic dengan lantai kayu dan dinding batu bata memberikan suasana cosy kepada pelanggan. Boleh duduk di tingkat atas atau bawah mengikut mood korang. 

Ais krim yang korang patut cuba di sini adalah French Earl Grey yang mempunyai ramuan aromatik Teadrop Australia.

Selain itu, ada juga 2 perisa sorbet iaitu Raspberry dan Mango Passion. Dan kalau korang nak ais krim yang lagi unik, korang boleh cuba ais krim yang dicampur dengan kolagen, vitamin C, Glutathione, dan juga sorbet laici. Ianya dinamakan Beauty Elixir. Jadi kalau korang nak makan ais krim yang unik, sedap, tanpa perisa tambahan, boleh la datang ke Creme De La Creme.

Alamat: 203C, Jalan Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Facebook | Instagram 

 

Destination: