15 Port Lepak Makan Halal Dan Sedap Di Penang
FOODIEPulau Pinang dikenali sebagai syurga makanan di Malaysia - daripada warong jalanan menjual hIdangan Malaysia hingga ke char kuey teow, Pulau Pinang ada semuanya! Kaji selidik mengatakan pilihan hidangan HALAL disini adalah sangat terhad dan sukar didapati. Jangan risau guys! Ni aku dah senaraikan untuk korang restoran HALAL terbaik di Penang wajib korang cuba bila ke Penang nanti.
Nasi Kandar Kampung Melayu
Walaupun hanya terletak di tingkat bawah flat kos rendah di Kampung Melayu, Air Itam di sini, restoran Nasi Kandar Kg Melayu memang tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.
Perniagaan nasi kandar yang beroperasi sejak 1970 itu sentiasa memikat hati pelanggan dari dalam dan luar negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi pelanggan yang tidak berkesempatan datang ke restoran di Kg Melayu, mereka boleh menikmati juadah istimewa tersebut di Komplek Penjaja (MPPP) Desa Mawar, Farlim Air Itam yang beroperasi pada pukul 4.30 petang hingga 10.30 malam.
Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
2. Sup Hameed
Restoran ini terletak di Jalan Penang berhadapan dengan Hotel Malaysia Georgetown. Sup Hameed ini agak terkenal juga dikalangan penduduk Penang.
Sup yang disediakan di restoran ini memang pekat dan sedap. Bau rempah yang digunakan juga tidak terlalu kuat. Tidak hairanlah orang ramai sentiasa bertumpu untuk menikmati pelbagai rasa sup di sini.
Di samping sup, restoran ini juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan lain. Keenakan Sup Kambing Hameed dan dicicah dengan roti memang tidak boleh disangkal lagi. Harganya juga tidaklah mahal dan amat berpatutan.
Alamat: 48, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
3. Café Lagenda
Kafe Lagenda House ini menyediakan hidangan Indonesia yang bukan sahaja sedap rasanya, malah asli resepinya. Kafe ini juga merupakan antara kafe hipster di Penang yang cukup terkenal.
Antara menu yang wajib anda cuba ialah Gado-Gado, Set Ayam Penyet, Set Ikan Bakar dan Set Rendang Ayam. Melihat gambarnya pun sudha boleh bikin terliur, bayangkan merasainya sendiri. Dijamin enak tak terhingga!
Alamat: 2, Campbell Street, Lebuh Carnarvon, 10100 George Town, Pulau Pinang
4. Restoran Kapitan
Restoran Kapitan menyediakan masakan India. Antara menu masakan mereka yang terkenal ialah Nasi Biryani Claypot. Nasi biryani di sini mempunyai beberapa pilihan lauk iaitu kambing, ayam, dan ayam tandoori.
Nasi Biryani Claypot Kambing atau Ayam dihidangkan di dalam claypot atau mangkuk tembikar. Nasi Biryani Ayam Tandoori pula dihidangkan dalam pinggan sepertimana biasa di restoran yang lain. Nasi Biryani Claypot dihiasi dengan daun pudina berserta yogurt campuran sayur dan kuah kari. Harga makanan amat berpatutan iaitu sekitar RM9-11 untuk nasi biryani.
Alamat: 93, Chulia Street, 10200 George Town, Pulau Pinang
5. Hussain Pasembur
Seperti kedai pasembur yang lain, menu yang hampir sama sahaja anda boleh jumpa di sini. Hussain Pasembur merupakan salah satu gerai pasembur yang patut anda cuba juga jika di sini.
Gerai Hussain Pasembur ini terletak di padang kota lama, dan juga dikenali sebagai pasembur padang kota. Waktu operasi sini susah sedikit untuk dicari maklumatnya. Berdasarkan apa yang kami jumpa, ianya dibuka sekitar pukul 12 dan tutup pada pukul 10 malam.
Alamat: Medan Renong, 29, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang
6. Nasi Melayu Lidiana
Restoran Nasi Melayu Lidiana ini turut dikenali dengan nama Nasi Masjid Terapung. Terletak di Tanjung Bungah, restoran ini menyajikan masakan kampung.
Kelebihan utama restoran ini terletak kepada kepelbagaian jenis lauk-pauk yang disajikan. Ikan, sotong, daging, udang, semuanya ada dan dimasak dengan cara yang berbeza. Semestinya menyelerakan, jangan lupa cuba!
Alamat: Medan Selera Tanjung Bungah, Pesiaran Tanjung Bunga, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
7. Burger Ayam Goreng NJoy
Tempat ini mula menjadi bualan orang ramai dek kerana burgernya yang dikatakan enak tak terrhingga. Bukan itu sahaja, rotinya juga berwarna-warni. Nampak menarik dari luarannya!
Sinonim dengan namanya, burger ayam goreng di sini cukup nikmat rasanya! Isi ayam yang lembut dan rangup di luarnya menjadi kunci utama menu ini begitu istimewa.
Alamat: 6, Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang
8. Restoran Hameediyah
Kedai ini merupakan antara kedai makan yang sudah wujud lama di Penang, sebelum revolusi makanan rakyat Malaysia bermula! Di sini, apa yang patut anda cuba adalah Nasi Berianinya dan Murtabak, dijamin enak!
Alamat: Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
9. Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe
Jika anda suka yang sedikit berwarna-warni, mungkin kedai inia anda boleh cuba. Nasi 7 Benua yang bewarna-warni. Ianya terdiri daripada adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang.
Nama kedai ini bukan Kedai Nasi 7 Benua tetapi Koo Boo Cafe. Ia betul-betul tereletak bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE.
Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang
10. Laksa Janggus
Pernah terdengar tentang menu Laksa Penang? Tidak dinafikan laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk anda terjah.Selain laksa, anda juga boleh mencuba menu yang terlaris di sini iaitu ABC.
Keenakannya berganda-ganda jika dikenakan semasa cuaca panas-panas bersama Laksa Penang yang menjadi kegemaran ramai!
Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang
11. Jawi House Cafe Gallery
Bukan sahaja makanan yang enak yang dititikberatkan oleh pelanggan. Pasti dekorasi restoran juga memainkan peranan, bukan? Tidak dinafikan, dekorasi restoran ini memang sangat cantik. Klasik dan santai!
Menu yang wajib dicuba di sini ialah nasi briyani. Selain itu, roti jala bersama kuah kari juga boleh anda pesan sebagai pembuka selera. Kuah karinya memang sedap, rugi tak cuba!
Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang
12. Hameed Pata Mee Sotong
Satu lagi restoran yang sangat popular di Pulau Pinang. Terkenal dengan menu Mee Goreng Sotong, restoran ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1978 lagi!Selain Mee Goreng Sotong, minuman ini juga sangat laku di sini – Coconut Shake. Sambil anda mengenakan Mee Sotongnya yang cukup istimewa, bolehlah anda menghirup Coconut Shake yang sangat menyegarkan tekak!
Alamat: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
13. Fizzy Cafe Mee Udang Ketam
Siapa yang sukakan makanan laut di sini? Jika anda penggemar makanan laut seperti udang dan ketam, anda wajib menjamu selera di Fizzy Cafe.
Restoran ini menyajikan set hidangan shell out yang sangat sedap. Jenis makanan lauk yang disajikan juga segar-segar, enak dinikmati beramai ramai.
Bukan itu sahaja, nasi goreng serta mi udang ketam yang disajikan juga turut mencuri tumpuan ramai. Saiz hidangannya juga besar, rugi jika anda tak pesan!
Alamat: Jalan Bayan Lepas, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
14. Deens Maju Nasi Kandar
Tidak dinafikan, kedai makan ini menjadi fenomena sejak 2-3 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang.
Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.
Tetapi harus diingatkan, ini belum tentu menjaminkan makanan itu ada jika anda tiba atas pukul 8 malam. Kalau nasib tidak menyebelahi anda, mungkin makanan semua sudah licin. Ayam gorengnya dikatakan terbaik dan wajib diambil jika makan di sini.
Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
15. Nasi Padang International Hotel
Alang-alang bersiar-siar sekitar George Town, singgahlah menjamu selera di Nasi Padang International Hotel. Dari namanya sahaja anda pasti boleh teka yang nasi padang merupakan menu utama di sini.
Nasi padang di sini memang ini dinikmati bersama ikan cencaru sumbat. Ikannya memang secukup rasa dan saiz hidangan juga besar. Jangan lupa untuk pilih sayur-sayurannya juga, pasti lebih berganda kelazatannya.
Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang