5 Fakta Menarik Tentang Coklat Yang Ramai Tak Tahu!
FOODIE1. Coklat pernah menjadi matawang pada suatu ketika dahulu
Pada zaman Mayan dulu, biji koko digunakan sebagai mata wang kerana dianggap lebih bernilai daripada debu emas. Penanaman biji koko ketika itu adalah terhad supaya nilai biji koko sebagai wang tidak akan susut. Kalau sekarang macamtu, takut tak sempat bayar coklat dah masuk dalam mulut!
2. Coklat dinikmati dalam keadaan cair dan pahit
Sekitar 1847, coklat adalah salah satu pencuci mulut yang dinikmati dalam bentuk cecair dengan rasa yang pahit. Namun, segalanya berubah setelah satu syarikat coklat dari Britain yang memperkenalkan konsep “makan coklat” hasil dari gabungan beberapa bahan.
3. 8 tahun masa yang diambil untuk hasilkan resepi susu coklat
Susu coklat yang menjadi kegemaran kita sekarang, adalah hasil usaha seorang usahawan bernama Daniel Peter! Beliau mengambil masa 8 tahun untuk menghasilkan resipi susu coklat yang sedap. Nasib baik dia tak putus asa, sampai ke sudah kita tak merasa susu coklat
4. Coklat mampu menenangkan minda anda
Dengan hanya menghidu bau coklat, dah mampu menambah gelombang theta di otak kita yang menyebabkan kita merasa tenang. Kajian telah dibuktikan oleh Universiti Hasselt di Belgium! Selain itu, dengan menikmati coklat anda juga akan merasa lebih gembira kerana coklat mengandungi tryptophan yang membantu otak menghasilkan euforia!
5. Antara hidangan terbaik coklat adalah…Donut Berinti Coklat dari Big Apple Donuts!
Donut sememangnya menjadi salah satu pencuci mulut kesukaan rakyat Malaysia. Satu hidangan pencuci mulut yang cukup simple dan boleh dinikmati di mana sahaja. Apatah lagi kalau digabungkan dengan coklat yang manis, bertambah memikat selera!
Sempena Choco Festival Donuts, Big Apple Donuts telah menghasilkan dua menu istimewa yang berinspirasikan choco jar! Menu yang pertama adalah ChocoJar Donuts, terdapat dua donut premium iaitu Dark ChocoJar dan White Chocojar yang berintikan coklat dan juga coklat putih! Yang lebih menarik inti kedua-dua donut ini disempurnakan lagi dengan chocojar yang sangat rangup! Doh yang empuk, rasa manis coklat dan rangup coco memang umph la!
Menu yang kedua pula adalah Chocolate Donuts dan terdapat dua jenis donut iaitu Choco Dolly dan Choco Holly. Chocolate Donuts ni sesuai untuk korang yang sukakan rasa klasik donut coklat! Korang juga boleh pilih antara coklat dan juga coklat putih. Kedua-dua menu istimewa ini bakal memberikan korang satu kepuasan apabila donut berintikan coklat yang cair dalam mulut di setiap suapan.
Takkan la korang tak sukakan coklat kan? Yang lagi best, korang boleh dapatkan donut berinti coklat dari Big Apple Donuts & Coffee ini di setiap cawangan di seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri keenakan Donut Premium dari Big Apple dan akan menjadi lebih istimewa jika berkongsi bersama insan tersayang sempena Hari Valentine tahun ini! Hehe...
Korang kena cepat tau sementara promosi masih berlangsung. Tahu je lah kan, orang Malaysia pantang nampak coklat memang laju dan sentiasa mendapat sambutan yang hangat! Jangan lupa untuk kongsikan moment istimewa korang menikmati ChocoJar dan Chocolate Donuts dari Big Apple!
#bigappledonuts #chocfest #chocodonut #chocojar #bigappledonutsmalaysia