5 Kedai Makan Yang Sedap Dan Menarik Di Kajang

FOODIE
September 11, 2020 - 03:18 PM


Siapa je yang tak suka makan sedap-sedap? Ada hari yang kita semua sanggup berlapar dan travel jauh asalkan dapat makan makanan yang sedap, betul tak? Dan salah satu lokasi yang sering digelar sebagai syurga makanan adalah di Kajang. Memang banyak kedai makan famous di sini sampaikan beberapa Youtuber negara luar pun datang makan tau. Jadi ini adalah 5 kedai makan yang sedap dan menarik di Kajang.

 

1) Itik Salai Masthar

Ahhh, lokasi gulai masak lemak cili padi yang terbaik ada di sini. Food vlogger terkenal, Mark Weinn pernah datang dan makan kat sini tau. Antara makanan yang famous di kedai ni adalah daging salai masak lemak, ikan keli salai, dan itik salai. Seperti kedai makanan lain, ulam-ulaman dan lauk pauk biasa juga turut disediakan. 

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10 malam

Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

 

2) Komasen Steamboat and Grill

Kalau korang teringin nak makan steamboat yang sedap dan harga murah, boleh datang sini. Macam biasa, ada banyak pilihan dari ayam, daging, kambing, ketam, lala, udang, dan macam-macam lagi lah. DI sini ada dua kuah untuk steamboat anda, kuah tomyam (recommended) dan kuah sup ayam. Lepas tu ada juga desert seperti aiskrim untuk dinikmati selepas kenyang makan. 

Waktu Operasi: 6 petang hingga 11 malam

Alamat: Jalan Kampung Sekamat, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor​

 

3) Ikan Bakar Terangkat

Orang yang duduk Kajang mesti dah tahu nama tempat ni. Memang at least kena try sekali seumur hidup. Dia punya sambal dekat ikan bakar tu memang padu habis guys! Pekat, manis, dan pedas. Walaupun dah kenyang memang korang secara automatik akan tambah lagi. Macam tu la sedap makan kat kedai ni. Dan yang paling penting, seafood dia rasa fresh tau. Wajib makan sini!

Waktu Operasi: 5 petang hingga 12 pagi

Alamat: No.1, Lot 3083, Jalan Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor​

 

2) 1957 Kopi + Makan

Kalau korang nak makan dengan rasa yang tenang sambil buat kerja atau assignment, bolehlah datang ke kedai ni. Design kedai dia memang sangat cosy dan cantik, memang selalu jadi port lepak untuk release stress. Bukan tu je, makanan dia memang sedap gila weh, min recommend korang makan burger dia. Padu!

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 3 petang / 4 petang hingga 10 malam

Alamat: De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor​

 

5) Sate Kajang Haji Samuri

Kedai makan paling legend dekat Kajang. Siapa je yang tak pernah dengar nama Satay Kajang Haji Samuri ni? Rasanya satu Malaysia kenal. Dah la sate dia saiz besar, perapan yang sedap. Memang kenyang makan kat sini. Bukan tu je, ada juga makanan lain seperti burger, nasi goreng, dan kuey teow. Tak boleh miss la makan dekat sini!

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 12.30 pagi

Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.​

 

Jadi Tunggu Apa Lagi?

Ada banyak lagi tau kedai makan sedap di kajang ni, tapi tu lah tak cukup ruang kalau nak list semua. Memang betul syurga makanan. Yang dah pergi tempat-tempat makan ni, boleh datang repeat sekali lagi. Bon Appetit!

 

 

 

 

 

 

Destination: