The Mushroom - Perkenalkan Sate Cendawan Pertama Di Malaysia

FOODIE
March 28, 2021 - 04:41 AM


Sate ayam, sate daging mahupun sate arnab, semuanya telah biasa kita makan dari kita kecil lagi. Tapi tahukah korang bahawa sebuah kedai makan di Tampin, Negeri Sembilan kini telah memperkenalkan satu lagi sate yang confirm korang belum pernah cuba iaitu sate cendawan. Apa? Sate cendawan? Ya, sate cendawan!

The Mushroom di Tampin, Negeri Sembilan adalah sebuah kedai makan yang telah berjaya memperkenalkan sate cendawan yang pertama di pasaran Malaysia. Kedai makan ini terletak di Medan Mymoon, Tampin dan menyajikan makanan-makanan yang berasaskan cendawan tiram raja.

Selain sate cendawan, The Mushroom juga turut menyajikan pelanggan mereka dengan pita kebab cendawan, roti john cendawan, sup cendawan, cendawan goreng tepung dan banyak lagi. Kedai makan The Mushroom ini dibuka pada jam 5 petang sehingga 11 malam dan harga makanannya juga adalah sangat berpatutan dengan rasa yang disajikan.

Selain makanan yang sedap, korang juga pasti akan terpesona dengan susun atur kedai makan ini yang membawa korang merasai pengalaman makan di dalam suasana seperti laman taman ditemani bulan dan bintang malam. Jadi tunggu apa lagi, masukkan The Mushroom dalam senarai kedai makan yang anda perlu cuba!

Alamat: Medan Mymoon, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

Facebook | Instagram

Destination: