5 Menu Ini Sangat Mudah Disediakan Dan Sesuai Untuk Bersahur

FOODIE
May 06, 2019 - 11:21 AM


Antara menu yang boleh anda masak sewaktu bersahur ialah:

1. Aneka Sup

Sumber: http://www.majalah-holiday.com/

Anda boleh memasak masakan yang ada kuah seperti sup ayam, sup daging, sup sayur atau sup-sup yang lain. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kalau makan sup di waktu sahur, dapat membangkitkan selera untuk makan. Bukan sahaja berselera, sup juga berkhasiat taw.

2. Oatmeal

Sumber: https://www.seriouseats.com

Bagi anda yang tidak suka makan nasi atau anak-anak susah nak makan nasi pada waktu sahur, anda juga boleh menyediakan oatmeal untuk mereka. Anda boleh menambhkan buah-buahan, chiaseed dan lain-lain. Oatmeal dapat memberikan tenaga kepada anda untuk berpuasa di siang hari.

3. Telur dan Salad

Sumber: https://www.republika.co.id/

Sesetengah kanak-kanak sukakan telur. Telur yang di goreng bersama kicap dan di makan bersama nasi. Sudah cukup membangkitkan selera. Selain itu, anda juga boleh makan salad segar begitu sahaja. Elakkan makan sayur yang boleh mengeringkan tekak semasa berpuasa seperti petai, jering dan kedas. Jika anda ingin makan juga, pastikan anda turut mengambil manisan seperti pengat pisang, pengat ubi dan lain-lain.

4. Kurma

Ramai orang terlepas pandang hal ini. Tidak ramai yang makan kurma waktu bersahur. Sedangkan kurma sebenarnya yang akan banyak memberikan tenaga sewaktu kita berpuasa di siang hari. Makan dua atau tiga biji kurma sudah mencukupi.

5. Bubur/Nasi Air

Sumber: https://lamanresepi.com

Bubur atau nasi air juga sesuai bagi mereka yang kurang berselera untuk makan pada waktu bersahur. Perkara yang paling penting adalah banyakkan minum air masak dan tidak makan makanan yang terlalu berminyak dan bergoreng dalam kuantiti yang banyak kerana boleh menyebabkan anda cepat dahaga apabila berpuasa di siang hari.