'Air Tangan' Gordon Ramsay Bakal Temui Anda Menjelang 2022!

FOODIE
November 16, 2021 - 01:46 PM


Dari Mayfair ke Malaysia, Restoran Gordon Ramsay Bar & Grill yang ditunggu-tunggu bakal dibuka tak lama lagi!

Walaupun ia bukan restoran pertama yang menggunakan ‘brand’ Bar & Grill, tetapi ia merupakan cawangan pertama di Asia bersama tiga lagi cawangan lain di London’s Mayfair, Chelsea dan Park Walk.

Terletak di lobi utama Sunway Resort, restoran tersebut dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2022 ini. Dengan reka bentuk dalaman yang sangat mewah daripada Ketua Reka Bentuk Sunway, Nelson Yong ini, pengunjung dapat menikmati tiga bilik persendirian yang berlainan tema yang dinamakan 8 Mayfair, 10 Soho dan 12 Chelsea.

Setiap bilik tersebut mempunyai tema yang tersendiri serta disediakan perabot mewah seperti sofa kulit berwarna merah serta dapur tertutup gaya James Bond.

Di samping itu, ruang makan yang luas pula dihiasi dengan pelbagai details serta pemilihan warna hijau gelap dan merah yang sangat menaikkan suasana mewah itu sendiri.

Jika ditanya tentang menu pula, restoran ini bakal menyajikan hidangan sepanjang hari daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan koktel. Beberapa menu utama yang akan ditawarkan ialah seperti menu ‘prime cuts of the finest meat’ yang bersumberkan tempatan serta elemen terbaik daripada hidangan istimewa Gordon Ramsay yang terkenal di dunia.

Sumber: LobakMerah

Sumber Gambar: Sunway Hotel

Destination: