Alchemist Dessert Café Syurga Pencuci Mulut Bertaraf Dunia!
FOODIEBagi korang yang memang gilakan dessert atau pencuci mulut, Alchemist Dessert Café sememangnya tempat makan yang wajib korang pergi!
Walaupun namanya seolah-olah melambangkan sebuah makmal sains tapi sebaik saja kaki korang melangkah ke dalam kafe, mata pasti terpesona dengan dekorasi dalamannya yang trendy, funky dan hipster.
Malah suasana di dalam bilik berkacanya dipenuhi dengan bantal-bantal kecil bagi mewujudkan suasana lepak yang selesa seperti di rumah ditambah alunan muzik segar untuk halwa telinga.
Tapi, paling best dekat sini korang kena pesan pencuci mulutnya yang ala-ala Jepun tu, namanya ‘Shibuya Toast’!
Hidangan super besar ini sebenarnya adalah roti Shibuya dengan ketebalan yang tak dapat korang bayangkan.
Ia dipanggang panas-panas sebelum diletakkan hirisan pisang dan strawberi segar, 2 scope aiskrim vanila dan coklat, kemudian ditabur pula dengan Oreo serta kacang hancur sebelum dihidangkan bersama whipped cream sebagai pelengkap rasa.
Bayangkan semuanya bergabung dalam satu suapan, memang terbaik!
Hidangan ini berharga dari RM16.90 hingga RM28.90 dan ia sangat berbaloi untuk dikongsi beramai-ramai kerana portionnya yang sangat besar.
Selain signature dish itu, kafe ini juga menawarkan beberapa jenis pencuci mulut yang popular di serata dunia dan di kalangan pelanggan tetap mereka. Antaranya Amsterdam Crepe, Belgian Waffle dan Asian Crispy Dough.
Lebih menarik, kesemua pencuci mulut ini boleh dipadankan dengan pelbagai pilihan topping mengikut citarasa dan kegemaran masing-masing.
Mesti korang tertanya-tanyakan, dessert saja ke yang ada dekat sini?
Jawapannya tentulah tidak, sebab di Alchemist Dessert Café ni pun ada menyediakan pelbagai menu makanan lain yang turut mengenyangkan dari hidangan untuk brunch hingga ke makan malam.
Terbaru, kafe ini turut mengadakan promosi set menu makan tengah hari untuk pelanggannya dengan harga RM12.90 sahaja, lengkap dengan aiskrim sebagai pencuci mulut! Menarik, kan?
Jadi kepada korang yang rasa nak melepak dengan kawan-kawan dekat kafe hipster, tapi yang ada makanan sedap dan murah, boleh datang ke Alchemist Dessert Café’ ini yang terletak di Jalan SS15/4B, Subang Jaya, Selangor!
Ia dibuka setiap hari dari pukul 12 tengah hari hingga 1 pagi tapi hujung minggu dibuka lewat sedikit iaitu pada pukul 2 petang hingga 1 pagi.
Bagi pengetahuan korang, walaupun kafe ini telah lama dibuka namun sejak Jun tahun lepas ia telah diambil alih oleh seorang usahawan Melayu dari Negeri Sembilan dan melalui fasa pengubahsuaian secara besar-besaran demi menarik lebih ramai pelanggan terutama golongan muda untuk hang-out di kafe tersebut.