Boeing 737 Berubah Menjadi Restoran Eksotik di China





Bagi mereka yang sukakan tempat pelik apa kata anda cuba makan di restoran dalam pesawat. Ini salah satu peluang buat mereka yang teringin nak naik pesawat tapi takut dengan ketinggian ataupun tidak mampu dari segi keewangan. 

Tapi masalahnya tempat ini terletak di China. 

Restoran ini di namakan Lily Airways sempena nama pemilik restoran iaitu Li. Beliau telah menghabiskan sebanyak RM21,487,049 untuk membeli dan menghias pesawat tersebut sebagai sebuah restoran. Ia dibuka pada 9 September 2016 yang lalu di Wuhan.

Pesawat ini di beli dari sebuah syarikat penerbangan di Indonesia yang telah jatuh muflis pada tahun 2013. Pesawat Boeing 737 itu juga sudah lama tidak digunakan untuk perkhidmatan penerbangan.

Menu yang terdapat dalam restoran tersebut terdiri dari hidangan eksotik dan difahamkan boleh mencecah sehingga RM183.66 untuk satu hidangan. Memang power lah.

Restoren Lily Airways juga boleh memuatkan sebanyak 70 pelanggan pada satu masa. 

Namun harus diingatkan, bagi muslim jenis makanan eksotik haram di makan seperti mana telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Tapi jika tujuan nak tengok atau lihat jer tak ada masalah.

Lagipun di China tak ada apa yang pelik lagi-lagi bila melibatkan makanan. 

 

;