Bosan Dengan Warna Hijau? Jom Cuba Onde-Onde Pink Pula!
FOODIEBuah Naga atau lebih dikenali sebagai Dragon Fruit sememangnya kaya dengan khasiat Vitamin C dan banyak manfaat yang terkandung di dalamnya seperti antipenuaan, menghalang kanser, diabetes, penghadaman serta meningkatkan sistem imun badan kita.
Warna merah jambu yang dimiliki buah naga pun sangat menarik perhatian dan membuka selera sesiapa sahaja yang memandangnya.
Selain dimakan segar begitu sahaja dan dibuat jus minuman, buah naga kini turut digunakan untuk membuat kuih onde-onde atau buah melaka yang begitu sinonim dengan juadah berbuka puasa.
Jom cuba resepi Onde-Onde Buah Naga Pink ini. Mudah dan ringkas je!
BAHAN-BAHAN
2 cawan Tepung Pulut
1 sudu besar Tepung Gandum
1 biji Buah Naga (guna suku je)
3/4 cawan air
1/2 ketul Gula Melaka (hiris nipis)
1/2 biji Kelapa Parut Putih
Secubit garam
2 helai Daun Pandan (simpulkan)
CARA PENYEDIAAN:
1) Kisar Buah Naga dengan air hingga hancur.
2) Tapiskan.
3) Tuang dalam tepung. Gaul sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. Uli doh menjadi bulat-bulat kecil, kemudian leperkan dan isi gula melaka serta bulatkannya semula.
4) Sebelum itu didihkan air. Masukkan daun pandan dan kemudian doh Onde-Onde ke dalam air mendidih. Masak sehingga doh-doh itu timbul di permukaan air.
5) Angkat dan toskan. Gaul dan golekkan dengan campuran kelapa putih + secubit garam. Siap untuk dimakan!
Kredit: Resepi Aneka Puding