Cara Terbaik Mulakan Hari Anda Bersama “Warung” Dari Alicafé Dan Alitéa

GAYA HIDUP
August 23, 2019 - 05:53 PM


Untuk memulakan rutin pagi yang sempurna tidak semestinya anda perlu menyarungkan pakaian mahal dan berjenama sahaja. Dengan cara bersederhana pun, rutin pagi anda akan lengkap

Malah permulaan rutin pagi yang baik dapat meningkatkan keyakinan diri agar anda tampil segar, bertenaga, kaca dan nampak smart. Sebelum melangkah keluar dari rumah, pastikan anda lakukan rutin pagi ini.

Jadikan ia sebagai amalan di pagi hari agar anda menjadi lelaki yang ada penampilan sedap mata memandang dan mudah untuk didekati.

Rutin yang ringkas ini kadang-kadang mampu memberi kesan yang positif dalam hidup seharian anda. Antara rutin pagi yang boleh anda lakukan adalah melakukan senaman ringkas seperti tekan tubi sejurus bangkit dari tidur. Dengan senaman ini, ia mampu mengekalkan postur badan yang menarik dan menambahkan keyakinan anda.

Selepas senaman ringkas, anda boleh teruskan rutin mandi di awal pagi dengan air sejuk bagi memastikan peredaran darah lebuh mudah dan lancar. Mandi dengan air sejuk juga boleh membantu seluruh tubuh mendapat oksigen yang mencukupi, sekali gus dapat mengurangkan stres yang anda alami.

Sebelum melangkah kelua, dengan sedikit semburan minyak wangi boleh membuatkan orang di sekeliling anda berasa lebih selesa dan menyenangkan. 

Paling penting jangan skip breakfast anda. Ambil makanan yang sihat dan buah-buahan segar. Kombinasi terbaik untuk sarapan adalah protein dan bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah-buahan segar, yogurt atau telur dadar bersama sayur-sayuran. Jika anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus segar dan campurkan satu sudu serbuk protein.

Bagi sempurnakan pagi anda, pengambilan kaffen di waktu pagi juga banyak membantu untuk menambahkan tenaga dalaman anda. Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang dapat membantu mengekalkan anda agar sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil salah satu daripada minuman ini setiap hari dalam kuantiti yang sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein dapat membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.

Pemilihan kaffen juga perlu dititikberatkan, kualiti dan rasa yang bermutu menjadi pilihan ramai orang. bagi anda yang selalu mengambil kopi di waktu pagi anda boleh cuba jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa. 

Baru-baru ini bertempat di Restoran Rebung ChefIsmail, Kuala Lumpur, Power Root Berhad telah melancarkan jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa.

Dari kiri Fairuz Bin Misran,Yang Amat Dihormatio Tengku Dato’ Setia Putra Alhai, Alif Satar, Yang Berbahagia Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir

Alicafé dan Alitéa telah menjadi pilihan utama tempatan menerusi siri Tongkat Ali Dan Ginseng, berikutan rumusannya yang mengandungi herba semulajadi Tongkat Ali dan Ginseng.

Dengan kejayaan Alicafé dan Alitéa, sekali lagi Power Root mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan pula jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa” - Rasa Halus. Kaya Aroma. Jenama ini yang tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, telah dilancar menggunakan konsep “Macam Dolu-Dolu”, yang juga merupakan slogannya, mengajak para pengguna untuk mengimbas kenangan menikmati minuman sambil bersantai, seperti yang dilalui oleh generasi terdahulu, di warung-warung, satu ketika dahulu.

Penyampaian Augerah Penghargaan, dari kiri Tee Tian Hock, Norsyawanie Che The Marican, Yang Berbahagia Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir, Simon Yong Kim Onn, Yang Amat Dihormatio Tengku Dato’ Setia Putra Alhai, Alif Satar

Jenama “Warung”, keluaran terbaru Power Root tidak mengandungi sebarang herba Tongkat Ali atau Ginseng. Siri ini kaya dengan aroma serta rasanya yang halus ini, kini boleh didapati di pasaran dalam variasi berikut:

1. Alicafé “Warung” Kopi-O - Perisa terbaru dikeluarkan Kopi-O KAW tradisional

2. Alicafé “Warung” Kopi Putih - Mengandungi krimer susu segar untuk rasa yang cukup halus dan ringan

3. Alicafé “Warung” Kopi Putih Kaw – Mengandungi krimer susu segar untuk rasa yang cukup halus dan ringan dengan rasa yang lebih KAW yang rasa betul-betul KAW kopi.

4. Alicafé “Warung” Klasik – Yang suka rasa kopi rasa klasik

5. Alitéa “Warung” - Yang minat kepada Teh Tarik

Masjid Tandatangan Kontrak Duta alicafe bersama Alif Satar

Pelancaran ini juga turut mengumumkan Penyanyi, Pelakon dan Pengacara popular tanahair, Alif Satar, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Bin Mohd Satar, sekali lagi telah dipilih untuk menjadi Duta Alicafé, setelah mendapat penghormatan tersebut selama 2 tahun.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba jenama baru ini boleh layari www.powerroot.com.my