Che Nom Beri Izin Guna Resipi Beliau Untuk Berniaga

FOODIE
January 14, 2021 - 08:12 PM


Siapa je yang tak kenal Che Nom ni? Kebanyakan resipi beliau telah banyak digunakan oleh orang ramai di seluruh Malaysia. Memang sedap resipi yang dicipta oleh Che Nom ni. Normah Bakar merupakan seorang vlogger yang berusia 39 tahun dan lebih dikenali sebagai Che Nom. Beliau telah membuka channel YouTube masakan sejak dari tahun 2016 tau!

Beliau juga merupakan antara YouTuber yang menerima Golden Play Button di Malaysia. Setakat ini channel tersebut mempunya 935,000 subscriber tau. Dan sepertimana yang korang semua tahu, Malaysia sekali lagi terpaksa menjalani PKP buat kali kedua sejak tahun lepas. Apabila ramai yang mula kehilangan kerja dan sumber pendapatan, Che Nom dengan berbesar hati memberi izin untuk menggunakan resipi beliau buat berniaga.

Pengumuman tersebut dilakukan di Twitter @realCheNom. Beliau berkata tak perlu minta izin pun, dan kesemua content atau resipi masakan yang digunakan tak ada trademark pun. Malah beliau juga turut memberi izin menggunakan gambar official resipi dari website utama untuk tujuan buat sticker atau banner. Wah, terharu sungguh bila baca tweet tu.

Jadi kalau korang tengah struggle untuk mencari makan, bolehlah gunakan resipi dari Che Nom ni untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Resipi dari videonya juga sangat jelas dan senang untuk korang ikut. Yang paling penting, korang jangan lupa tolong Che Nom balik dengan subscribe dan like video-video dia. Kita saling bantu antara satu sama lain okay? 

Laman Web | Facebook | Twitter | YouTube

Destination: