Durian Bakar Kota Kinabalu Nampak Pelik Tapi Sedap Dimakan

TRAVEL
January 10, 2019 - 02:52 PM


Pernah tak terfikir buah durian bila dibakar jadi macam mana? Sedap ke dimakan kalau bakar. Tak pernah pula rasa durian bakar ni. Menariknya di Sabah, Gerai Durian bakar sentiasa mendapat perhatian. Bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan malah ianya turut menarik perhatian pelancong luar negara juga.

Durian bakar ini dibalut terlebih dahulu dengan kerajang aluminium sebelum dibakar di atas arang selama 45 minit.

Tetapi harus diingatkan bahawa ia tidak semestinya boleh dimakan pada ketika itu. sebaliknya, anda harus menunggunya sejuk dahulu. jika anda teringin merasai sendiri pengalaman menikmati durian bakar, apa kata anda pergi ke Pasar Malam Jalan Gaya, Kota Kinabalu di mana durian bakar tersebut dijual dengan harga RM60.

Idea durian bakar ini bertitik tolak daripada Dennis Chan, yang diinspirasikan setelah dia melihat gerai berdekatan menjual kelapa muda bakar.

Ideanya itu telah ‘disimpan’ selama empat tahun dan baru-baru ini sahaja dia telah memulakan penjualan durian bakarnya itu. Dilaporkan bahawa menu istimewa berkenaan mendapat sambutan hangat, sehinggakan pelancong asing juga sukakannya.

Gerainya beroperasi jam 6 petang hingga 2 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu. Harus diingatkan juga bahawa pasar malam Jalan Gaya itu turut dikenali dengan nama Pasar Malam Api-Api. Selain menjual durian bakar, gerai Dennis itu juga turut menjual pelbagai lagi jenis makanan dan minuman untuk para pelanggan.

Selain Durian bakar, di Sabah korang juga boleh rasa Air Kelapa Bakar

Destination: