Glasshouse Fraser's Hill - 'Rumah Kaca 2 In 1' Wajib Singgah Untuk Kaktus & Pastri

FOODIE
October 22, 2020 - 02:03 PM


Kalau korang naik ke Fraser's Hill, Pahang tidak kiralah sama ada untuk bercuti atau berjalan-jalan bersama keluarga mahupun sekarang tengah trend orang naik ke sana untuk berbasikal bersama rakan-rakan -- pastikan korang singgah ke GLASSHOUSE FRASER'S HILL!

Sebagaimana namanya 'Glasshouse' -- rumah kaca yang cantik ini sebenarnya berfungsi 2 dalam 1 iaitu kafe dan tempat menjual pelbagai jenis kaktus yang comel.

Sekiranya korang ingin bersantai ketika berada di puncak Bukit Fraser yang sejuk dan mendamaikan, Glasshouse Fraser's Hill ini adalah tempat yang paling tepat untuk korang!

Dengan tempat duduk yang terhad, pastinya tidak ramai orang yang akan berada di situ pada satu-satu masa dan korang bakal mendapatkan ruang eksklusif sendiri sambil dikelilingi pelbagai jenis succulents serta kaktus yang menarik dan berwarna-warni.

Kredit: SonyArea NoInvader

Sekiranya berkunjung ke sini pastikan juga korang tak lupa untuk memesan menu signature yang menjadi kegemaran ramai iaitu burnt cheesecake dan kek gula melaka serta dipadankan dengan secawan kopi latte yang mempunyai aroma sungguh memikat.

Kredit: @rak.qhafe_

Selepas menghabiskan hidangan ringan tersebut, korang juga boleh memilih sendiri beberapa tanaman pasu yang comel-comel di sini untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Malah, korang jangan malu-malu untuk bertanya kepada pemilik kedai ini tentang tips dan nasihat bagi menjaga serta memelihara kaktus-kaktus tersebut agar bertahan hidup lama.

Jadi tunggu apa lagi, jom naik Fraser's Hill dan lepak santai di 'rumah kaca' yang dimaksudkan!

GLASSHOUSE FRASER'S HILL

Alamat: Lot 1494, Jalan Lady Guillemard, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Waktu Operasi: 10 Pagi - 6 Petang (Jumaat-Selasa) (Ditutup Setiap Rabu & Khamis)

Status: Mesra Muslim

Destination: