Guna 100 Peratus Kopi Kampung, 'Kopi Dua Darjat' Kini Jadi Buruan Coffee Lovers!

FOODIE
July 14, 2021 - 06:00 PM


Dibuka tak sampai 8 bulan, tapi dah ada 19 cawangan!

Itu penangan KOPI DUA DARJAT yang luar biasa disebabkan keunikan kopinya yang diperbuat daripada jenis kopi kampung seratus peratus.

Kalau korang nak tahu, gerai minuman kopi bawah pokok yang dibuka di sekitar Lembah Klang ini sebenarnya diusahakan oleh 2 sahabat yang berdepan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Ketika ini timbul idea oleh Syed Abdul Hadi Syed Hamzah dan Azad Azmy yang masing-masing berusia 36 dan 37 tahun untuk mengusahakan bisnes bagi menambah pendapatan mereka serta mengambil langkah berani membuka Gerai Kopi Dua Darjat di Lakefield, Sungai Besi pada November lalu.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysia Gazette, Syed Abdul Hadi berkata mereka langsung tidak menduga dengan sambutan luar biasa yang diterima ke atas jenama kopi hingga mampu mencatat jualan kasar lebih lima angka sebulan.

β€œKami tidak sangka Kopi Dua Darjat mendapat sambutan menggalakan dan menerima komen positif di kalangan pelanggan hingga cawangannya dibuka dengan begitu pantas.

β€œKeistimewaan Kopi Dua Darjat kerana kami menggunakan kopi kampung yang diperbuat di dalam negara namun diolah dengan cara moden dengan purata harga dijual antara RM3 hingga RM6 sahaja,” katanya.

Syed Abdul Hadi memberitahu, mereka memilih bisnes kopi kerana berpendapat tidak ramai masyarakat yang berminat membeli air kopi di tepi jalan sebaliknya majoriti lebih gemar memilih kafe selesa yang berhawa dingin.

Selain kekuatan dari segi penggunaan jenis kopi kampung, ramai menggemari kopi Dua Darjat disebabkan harganya yang murah dan diolah secara moden dengan menambah perisa dalam menu seperti sirap, karamel, susu dan vanila.

Bagi peminat kopi, mereka yang ingin mencuba Kopi Dua Darjat boleh melayari Facebook: kopiduadarjat dan Instagram: kopiduadarjat bagi mencari lokasi cawangan yang berdekatan masing-masing.

Berikut harga, jenis kopi dan lokasi yang boleh anda rujuk:

* HARGA:

Cawan 16oz : RM3 - RM6

Botol 500ml : RM9 - RM11

* CUSTOM KOPI: 

Tambah kopi : PERCUMA

Tambah gula : PERCUMA

* LOKASI & PAUTAN INSTAGRAM:

πŸ“Lakefield, Sungai Besi

πŸ“Bandar sri Pemaisuri

πŸ“Seksyen 4 tambahan Bangi

πŸ“Jenaris Kajang

πŸ“TTDI Grove - Sabtu & Ahad

πŸ“Kota Warisan ( Kipmall) sementara

πŸ“Bandar Saujana Putra @kopiduadarjat_bsp

πŸ“Desa Pandan @kopiduadarjat_desapandan

πŸ“Shah Alam @kopiduadarjat_sac

πŸ“Wangsa Maju @kopiduadarjat_wm

πŸ“Tmn Melati Setapak @kopiduadarjat.tmnmelati

πŸ“Setiawangsa @kopiduadarjat_setiawangsa

πŸ“Danau Kota Setapak @kopiduadarjat_danaukota

πŸ“KL Traders Square @kopiduadarjat_kltraders

πŸ“Kampung Baru

πŸ“Bangsar

*BAKAL DIBUKA:

πŸ“Melawati

πŸ“TTDI Taman Tun

Sumber: Malaysia Gazette & Kredit Gambar: FB Kopi Dua Darjat

 

Destination: