Ketupat Palas Cicah Susu - 'Another Level' Enjoy Juadah Raya Ikut Oghang Utagha!

MAKAN-MAKAN
May 27, 2020 - 03:31 PM


Setiap kali menjelang Hari Raya menu wajib yang selalunya akan ada di atas meja adalah ketupat palas.

Kalau biasanya jika kita bersama keluarga di kampung, ketupat palas sedap dimakan bersama rendang -- tetapi kalau korang yang duduk sorang-sorang di bandar dan mengidam untuk makan ketupat palas sekarang dah ada yang berbentuk frozen atau sejuk beku untuk dinikmati di rumah.

Bagi korang yang tak tahu nak masak rendang macam yang biasa mak kita buat atau tak ada idea nak makan ketupat palas frozen tu dengan apa, mungkin korang boleh cuba makan cicah dengan susu manis pekat macam orang Kedah selalu buat! Depa kata rasa dia padu dan meletop juga!

Selain orang Utara, orang Kelantan yang sememangnya terkenal dengan makanan manis juga dikatakan menggemari ketupat palas cicah susu sebegini.

Jadi tak hairanlah apabila ramai netizen di media sosial mencadangkan kepada orang ramai yang tinggal berseorangan di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar mencuba cara baru untuk menikmati ketupat palas di musim perayaan ini.

Selamat mencuba!

Destination: