Kombi Volkswagen Comel Menjual Makanan Di Sekitar KL Setiap Minggu

SPECIAL
July 08, 2021 - 12:29 AM


Kalau korang nak beli makanan tapi tempatnya terlalu jauh, tak perlu nak risau dah sebab sekarang Kombi Penjaja akan datang ke tempat berdekatan, tapi pastikan tempat korang tersenarai dalam senarai.

Kombi Penjaja ini dijalankan oleh Timothy Cafe dan Kafe Kleptokrat, dan merupakan sebuah gerai makanan mudah alih. Volkswagen Kombi vintaj ini membuat lawatan ke satu KL dan menawarkan semua jenis makanan yang lazat, termasuk pai, tart, quiche, scone, dan banyak lagi.

Ia beroperasi di beberapa lokasi sepanjang minggu, menjual segala-galanya dari hidangan nasi dan rendang hingga makanan ringan, serta minuman seperti kopi Vietnam, latte, dan kombucha.

Oleh kerana sekarang masih lagi lockdown, gerai ini bergerak dengan terhad di lokasi dan masa berikut:

Isnin
- Wangsa Maju (belum pasti)

Selasa dan Khamis
- Di hadapan Sophia Condo, Jalan Kiara 1, Mont Kiara (10 pagi - 2 petang)

Rabu, Jumaat, dan Sabtu
- Di hadapan Timothy Cafe, 24 Jalan Tun H S Lee, KL (11 pagi - 3.30 petang)

Rabu
- Di hadapan Andalucia Pantai Hillpark (4.30 petang - 7.30 malam)

Jumaat dan Ahad
- Lorong Stonor, di belakang Dua Residency (4.30 pm - 7pm)
(Sebelah Stonor 3 dan Suria Stonor Condo), WPKL

Sabtu
- Di hadapan Bangsar Puteri Condominium, Jalan Medang Serai, Bangsar (4.30 petang - 7 malam)

Ahad
- Di hadapan Capers Condo, Sentul (10 pagi - 2 petang)

Korang nak senang kalau taknak beratur atau makanan habis awal, boleh buat pesanan satu hari lebih awal dahulu melalui WhatsApp. Boleh lihat menu lengkap di sini.

Sumber: Says, Timothy (Facebook)