Korang Rasa Wagyu Dah Mahal? Ini Dia 6 Makanan Paling Mahal Di Dunia

FOODIE
June 23, 2021 - 08:49 PM


Bila bercakap tentang makanan mewah, mesti ramai yang akan terus fikirkan daging lembu Wagyu yang memang terkenal, dan memang mahal pun mengikut gred-gred mereka yang tertentu. Min pernah dengar yang lembu Wagyu ni diberikan muzik supaya lembu-lembu Wagyu tenang, jadi dagingnya lebih sedap. Betul ke? 

Tapi kan, selain daripada Wagyu, sebenarnya ada 5 makanan lain yang disenaraikan di antara makanan-makanan paling mahal di dunia. Ini dia 6 makanan paling mahal di dunia: 

1. TIRAM

Tiram yang merupakan makanan laut, min rasa kalau korang pernah tengok filem Mr. Bean Holiday yang dikeluarkan pada tahun 2007 tu, mesti korang ingat ada satu babak yang dia makan tiram. Haa, tiram ni mahal tau!

Tapi, walaupun mahal, bukan semua orang gemar akan rasa tiram ni, dan sebenarnya dulu tiram ni tak mahal pun dan dijadikan makanan kepada golongan pekerja je. Tapi, dengan peredaran masa, tiram kini menjadi eksklusif. 

Harga tiram adalah dalam lingkungan RM206 - RM309 satu hidangan. 

2. FOEI GRAS

Foei Gras merupakan bahagian hati itik atau angsa. Pada zaman dahulu, itik dan angsa sengaja digemukkan bagi mendapatkan Foei Gras yang sedap. Namun, selepas penguatkuasaan undang-undang, perkara tersebut telahpun dilarang. 

Foei Gras masih menjadi hidangan di beberapa negara tertentu pada harga RM371 - RM453 setiap setengah kilo. 

3. DAGING WAGYU

Sudah tentu Wagyu akan ada dalam senarai ni! 

Apa yang menjadikan Wagyu sangat istimewa berbanding daging lembu lain adalah teksturnya yang lembut dan kalau dimakan, ianya seperti cari di dalam mulut korang. Umph! 

Daging yang berasal dari Jepun ini dijual dengan sangat mahal kerana cara dorang membela lembu-lembu Wagyu adalah sangat teliti, lembu ni macam hidup di syurga sebelum dimakan, hehe. 

Harga Wagyu boleh mencecah sehingga RM2,000 setiap satu kilogram. Tapi kalau korang pergi restoran yang sediakan Wagyu, boleh makan 50 - 100 gram pada harga kurang RM200 satu hidangan. 

4. CENDAWAN MATSUKASE

Satu lagi makanan dengan nama dalam bahasa Jepun!

Kalau ke pasaraya, cendawan tak ada lah mahal mana, lebih kurang dalam RM10 satu paket. Tapi, lain ceritanya dengan cendawan Matsukase yang tumbuh di Asia, Eropah, dan Amerika Utara ni. 

Cendawan ni selalu digunakan di dalam masakan Jepun, Korea dan China. Ianya mahal kerana susah untuk ditemui, dan tidak boleh tumbuh di dalam makmal, dan sekiranya tumbuh di dalam habitatnya, ianya selalu menjadi ancaman ular. 

Harga sekilo boleh mencecah RM2,500, itupun kalau dijual.

5. AYAM CEMANI

Bila tengok ayam ni, min rasa macam dia yang akan makan min. Ayam yang berwarna serba hitam ni memang unik, setiap sudut badannya berwarna hitam disebabkan oleh gen dominan di dalam badan mereka dan berlakunya hiperpigmentasi. 

Ayam yang berasal dari Indonesia ini dipercayai mampu menyembuhkan banyak penyakit oleh kerana dagingnya yang menyimpan khasiat yang istimewa, namun tiada kajian yang dapat membuktikan kesahihannya. 

Ayam Cemani ni dijual pada harga RM10,000 seekor ataupun lebih. 

6. KAVIAR ALMAS

Mesti ramai yang pernah dengar tentang kaviar kan? Tidak akan lengkap senarai makanan orang kayo kayo kalau tiada kaviar. Secara tradisional, makanan yang merupakan telur ikan ni diperoleh daripada ikan sturgeon yang hidup di perairan Amerika Barat dan Utara. 

Kaviar Almas pula adalah yang paling mahal dalam variasi telur ikan sturgeon itu. Almas bermaksud berlian dan kadang kala makanan ini dipanggil kaviar putih ataupun kaviar emas. Sekilo kaviar gred yang terbaik boleh mencecah berpuluh ribu dolar Amerika.

Kenapa mahal sangat? Kaviar Almas bukan sahaja dihasilkan oleh ikan sturgeon albino yang jarang ditemui, malah ikan tersebut hanya bertelur sekali di antara usia 60 dan 100 tahun.

Sumber: Astro Awani