Makanan Segera Terkenal Filipina, Jollibee Tiba Di Lembah Klang!

FOODIE
February 08, 2022 - 12:48 PM


Penantian rakyat Malaysia khususnya penduduk Lembah Klang telah pun berakhir. Nama besar makanan segera dari Filipina, Jollibee yang menakluki dan menewaskan nama besar seperti Mcdonalds di laman mereka sendiri sememangnya dinantikan!

Sebelum ini, Jollibee telah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Rakan-rakan kita yang berada di sana lebih awal merasai keenakan rasa ayam goreng popular dari Filipina ini.

Jollibee Malaysia telah membuka secara rasmi cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid bermula hari ini.

Antara menu yang menjadi sebutan para peminat makanan segera adalah keistimewaan ayam goreng Chicken Joy mereka yang mempunyai rasa yang tersendiri dan juga dikatakan lebih sedap dari jenama yang kita pernah cuba. Chickenjoy yang dihidangkan bersama sos gravy untuk dicicah dengan ayam memang memberikan satu rasa yang cukup tersendiri dan sedap!

Selain itu, Jolly Spaghetti satu hidangan itali namun diberi sentuhan dan rasa filipina juga menjadi kegemaran kebanyakan orang asia. Tunggu apa lagi guys! Jom rasai sendiri keenakan Jollibee!

 

Destination: