Mun Coffee KL - Kafe Makan Sambil Tengok "Bulan"
FOODIEMun Coffee KL - Kafe Makan Sambil Tengok
Mun Coffee KL, Mun, Mun Cafe, Cafe Hopping, Cafe in KL, kuala lumpur, Bandar Sri Permaisuri, Cafe In Permaisuri, Cafe in Cheras, Coffee Shop, Aesthetic Shop
Mun Coffee KL ini diasaskan oleh seorang peminat tegar astronomi yang mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui rahsia disebalik bulan, bintang, serta keseluruhan sistem solar alam semesta. Erin Ayshah, pengasas Mun Coffee KL memberikan nama Mun, yang merupakan homonim kepada perkataan Moon (bulan).
Bila aku masuk sahaja ke dalam cafe ini, suasama dia sangat warm dan pada waktu siang kafe ini banyak memanfaatkan natural light. Antara benda yang aku agak impressed bila masuk dalam kafe ini adalah hampir kesemua lampu yang digunakan di dalam kafe ini menyerupai bulan. Cool gila!
Mun yang masih fresh dalam kalangan kafe ini sebenarnya sudah mendapat sambutan yang agak baik. Chef di Mun, Chef Haziq Musa mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang masakan walaupun baru berumur 26 tahun, dan makanan yang disediakan di Mun menerima banyak pujian.
Keseluruhan team di Mun tergolong dalam umur 20-an, memberikan keseluruhan pengalaman di Mun sangat ceria.
Masa aku pergi Mun, aku tengah craving latte panas, dengan spaghetti, so aku order Creamy Carbonara (RM18), Hot Latte (Rm10), dan untuk sides aku order Sweet Potato Fries (RM11.50).
Bagi aku Creamy Carbonara dia memang sedap, tak terlalu creamy, sebab kalau terlalu creamy aku rasa muak nak habiskan, tapi yang di Mun memang just nice and rasa dia memang sedap. Latte dia not bad, cuma untuk citarasa aku, aku lagi prefer kalau latte aku susu dia lebih sikit, latte dekat Mun ini kau rasa macam kopi dia overpower sangat. Hehe
Sweet Potato Fries memang sedap, standard sweet potato lah, manis, tapi Mun punya ada rasa pedas-pedas sikit, dan dipping sauce yang di-serve sekali memang kena betul.
Selain makanan standard kafe iaitu makanan Itali, Mun juga menyediakan makanan lokal yang diberikan sentuhan istimewa Chef di sini seperti Kerabu Ocean Spiral (RM15.50), yang sangat aku recommend untuk peminat tegar seafood. Wild Mushroom Soup (RM13.50) yang ditambah telur kuning untuk menambah kepekatan sup, sangat umph!
Untuk korang yang suka makan mi, korang boleh try Fiery Soft Shell Crab Pasta (RM24.50), ataupun Duck Broth Ramen (RM18.50) yang memang recommended dekat sini. Pencuci mulut dekat sini memang dibuat dari dapur dorang sendiri, and memang sedap. Antara yang korang patut try ialah Marble Burnt Cheesecake (RM12), dan Butterscotch Bread & Butter Pudding (RM12).
Untuk minuman, selain Latte yang aku order, Mun turut suggest korang try air-air dorang yang sangat menyegarkan macam Sour Diesel (RM12), air campuran serai, assam boi, mint, dan saderi. Lagi satu korang patut cuba ialah Green Awakening (Rm12), campuran kedondong, assam boi, epal, dengan saderi.
Macam-macam korang boleh try dekat sini, plus korang boleh makan sambil tengok "bulan", so aku rasa korang memang patut check it out!
- Mun Coffee KL
- R-G-05, Avenue Queensville, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
- Waktu operasi: 8:00am - 10:00pm, Isnin - Jumaat. 10:00am - 10:00pm, Sabtu - Ahad.