Kisah Disebalik Puaka Kinder Joy

FOODIE
October 17, 2018 - 12:46 AM


Sekali sebut Kinder Joy sudah pasti ibu bapa di Malaysia akan ketakutan. Apa tidak nya bentuk ala telur yang comel siap ada untuk lelaki dan perempuan sering kali menanti di kaunter juruwang kebanyakan pasaraya dan kedai berangkai. 7Eleven, KK Mart, 99 Speedmart, Giant, Tesco, Aeon Big, Mydin kesemuanya lah. Produk yang amat menakut kan kepada ibu bapa ber anak kecil kerana secomel telur berintikan coklat dan mainan yang paling menggerunkan adalah harga nya. Lazimnya lebih RM4.00 sebiji. Tetapi tahukah anda sebenarnya ada cerita disebalik Kinder Joy ini?

Dicipta oleh syarikat coklat Ferrero, syarikat yang sama yang membuat coklat Ferrero Rocher yang sinonim dibuat hadiah kepada awek tu. Produk asal nya ada lah Kinder Surprise, sama bentuk nya Cuma mainan terkandung didalam coklat berbentuk telur ala telur Easter. Kinder Surprise ini direka dan dipasarkan bermula tahun 1974, dari sejak itu sebanyak 30 billion biji telah terjual di seluruh dunia!

USA adalah satu-satunya negara yang mengharamkan penjualan Kinder Surprise. Mengikut peraturan FDA (American Food & Drug Administration) sesuatu benda yang terkandung dalam produk makanan yang tidak membawa zat atau manfaat secara langsung kepada produk tersebut adalah diharamkan. Pernah dilaporkan cubaan menyeludup sebiji Kinder Surprise ni dedenda $500!

ARTIKEL: Wait, What? Ais Krim Kinder Bueno Wujud? Nak!! 

Setelah sekian lama syarikat Ferrero pun mendapat idea untuk memastikan konsep coklat telur bermainan ni masuk jugak ke pasaran USA. Dengan itu Kinder Joy dikeluarkan pada tahun 2001 dengan mainan dan coklat terkandung dalam dua bahagian berasingan. Kini dijual di sebanyak 100 buah negara dan telah dinobatkan sebagai Produk Manisan paling laris di negara Cina oleh Nielsen China’s Breakthrough Award 2015. Pada awal tahun ini Kinder Joy telah akhirnya berjaya dipasarkan ke USA dengan harga lebih kurang USD$1.30 sebiji.

Tidak kurang juga peminat mainan yang mengumpul seberapa banyak jenis mainan yang dikeluarkan. Secara umumnya ada 40 pelbagai jenis mainan teras yang dikeluarkan setiap tahun berteraskan pembelajaran dan kemahiran. Ini belum termasuk koleksi khas yang terhad pengeluaran nya. Jadi kesemuanya mungkin beratus-ratus jenis! Jadi tidak hairanlah jika ada ramai penggemar tegar yang mengumpul koleksi mainan-mainan ini.