Resipi Puding Karamel – Idea Hidangan Pencuci Mulut Sesuai Untuk Semua Acara

FOODIE
June 06, 2018 - 11:58 AM


Cuba bayangkan, puding caramel sejuk, manis masuk kedalam tekak saat waktu berbuka puasa. Urgh, nikmat sungguh!

Oh, maafkan Aj sekiranya korang terliur! Hehe. Kebiasaannya puding karamel ni merupakan salah satu pencuci mulut yang sering dicari di mana-mana majlis. Tak kiralah kenduri kahwin, rumah terbuka ataupun open house. Tapi jika korang nak kelainan untuk menu berbuka puasa, apa salahnya.

Jika nak cuba, ini ada resipi puding karamel yang korang boleh cuba…

 

Bahan bahannya:

● 6-8 biji telur

● 1 tin susu pekat manis – kurangkan jika tak suka manis

● 1 tin susu cair

● 1 tin air

● 8-10 sudu besar gula pasir – untuk gula hangus

● Sedikit vanilla extract

 

Cara-caranya :

1. Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Apabila cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan.

2. Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.

3. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Jika mahu tekstur yang cantik dan tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.

4. Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk yg sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.

So, dah ada resipi puding karamel ni, boleh la nak cuba. Bahan-bahan pun taka da lah banyak mana.

Selamat mencuba ye, kalau jadi hantarlah ke Aj sebekas dua. Hehehe…