Restoran Berkonsepkan Ultraman Kini Di Malaysia!

FOODIE
September 11, 2017 - 02:52 PM


Kalau tengok pada gambar, budak – budak mesti percaya yang Ultraman datang. Tapi pada kita yang dewasa ni, tak percaya lah sebab kita tahu ultraman itu hanya watak kartun.

 

Bersempena dengan ulangtahun ke 50, pihak Tsuburaya Production dengan kerjasama syarikat Circle Corp bersetuju untuk membuka kafe dan merchandise store official yang pertamanya di Malaysia. Dikenali dengan Ultra Heroes Official Shop & Restaurant ini menampilkan konsep dan lebih daripada 300 produk berkaitan dengan hero zaman kanak – kanak kita ni. Selain kafe, banyak merchandise Ultraman terdapat di sini. Termasuklah 65 figura ‘special edition’ Ultraman.

Mula beroperasi pada 29 Ogos lalu, restoran yang terletak di Glo Damansara ini menyediakan pelbagai makanan yang juga bertemakan Ultraman. Antaranya ialah Burger Ultraman Tiga dan ‘Dark Baltan Burger’.

Source : Facebook
Source : Facebook

 

Nampak macam sedap. Konsep pun sangat menarik. Lagi – lagi kepada anak – anak. Nak cuba date kat sini pun tak ada masalah kot. Kalau taknak makan pun, boleh cuci mata dekat official merchandise store tu. 

Source : Facebook

 

Macam mana nak ke sini ?

Kalau nak pegi ke sini, kena menaiki kapal terbang khas ke planet Land of Light. Hehe..

Ini alamatnya : G.36 G.37 G.38, Ground Floor, Glo Mall, 699 Jalan Damansara

Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Kalau siapa yang dah pergi tu, cuba share pengalaman anda dengan kami… 

 

 

Sumber : Facebook