Sensasi Daging Wagyu Kini Di Tony Roma's Malaysia

FOODIE
March 22, 2019 - 10:27 AM


Pernah dengar daging Wagyu? Selalu dengarkan cuma rasa jer tak selalu sebab daging Wagyu ni memang sangat susah untuk dapat dan kalau ada pun agak mahal harganya sehingga boleh mencecah sehingga RM 2,000 sekilogram. 

Apa istimewaanya daging wagyu?

Wagyu adalah mengenai rasanya yang dikatakan seolah-olah rasa mentega, lemak tinggi selain daging tersebut sangatlah lembut serta struktur dagingnya yang tersusun cantik. Nama daging wagyu sering kali disebut sebagai sejenis daging yang terlalu lazat, sehinggakan rasanya sukar untuk ditandingi daging jenis lain namun seperti yang sudah diketahui ramai, harganya pula sangatlah tinggi.

Kalau kita baca sejarah tentang daging wagyu ini, kita akan faham kenapa harganya terlalu mahal. Ok kami ringkaskan sikit tentang mana datangnya daging wagyu ni supaya nanti bila korang makan, korang akan hargai rasa yang super lazat ini.

Di Jepun, bagi membolehkan sesuatu jenis daging tersebut diiktiraf sebagai daging wagyu, penternak-penternak perlu mematuhi beberapa peraturan ketat yang telah digariskan. Antaranya lembu itu perlu datang daripada baka lembu Japanese Black, dilahir dan dibesarkan di wilayah Hyogo, Jepun. Lembu jantannya akan dikasikan (dimandulkan) dan lembu betinanya pula perlulah dipastikan tidak pernah melakukan hubungan dengan lembu jantan lain. Maknanya, lembu betina itu perlulah kekal dara sebelum disembelih.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah semua info itu setakat ini. Apa yang kami nak fokuskan korang kini boleh merasai sensasi daging wagyu di mana-mana cawangan Tony Roma's Malaysia. 

Bagi mereka yang baru nak rasa daging wagyu sila datang ke Tony Roma's secepat mungkin kerana tawaran ini hanya sah sehingga 30 April 2019 sahaja. Untuk mereka yang selalu rasa kelazatan daging wagyu pula, kami sarankan anda rasa pula bagaimana Tony Roma's hidangkan rasa daging wagyu yang lain dari yang lain. 

Antara hidangan daging wagyu yang patut korang cuba di Tony Roma's adalah Wagyu Ribeye, Wagyu NY Strip, Wagyu Burger dan juga Wagyu Steak dan Wild Mushroom Flatbread. Menu ini juga datang bersama minuman yang boleh menambahkan lagi sensasi semasa menjamah hidangan anda. Minuman yang penuh rasa ini dinamakan sebagai Peach Sunset, Fruite Tale dan Pomegranate Pop. Just WOW!!!

Wagyu Ribeye [RM164.05]

Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Kalau mereka yang sering menjadikan steak sebagai hidangan pasti tahu Ribeye ini daging yang mana terletak dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik. Lagi-lagi daging wagyu. Tak hairanlah ianya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Wagyu Ribeye datang bersama 2 side dishes. 

Wagyu NY Strip [RM164.05]

Bahagian striploin ini lebih terasa juicy daging kerana terdapat sedikit kandungan lemak di dalamnya. Strip steak ada yang dijual tanpa tulang dan bertulang. Boleh kata kalau korang jenis obses untuk jaga makan, tak boleh makan makanan berlemak boleh cuba menu Wagyu NY Strip kerana ianya memang popular untuk mereka yang jaga kesihatan. Wagyu NY Strip juga datang bersama 2 side dishes. Harga pula sama dengan Wagyu Ribeye.

Wagyu Burger [RM55.00]

Bagi peminat burger kami memang recommendkan korang untuk mencuba Wagyu Burger ini. Mana nak dapat Burger yang guna daging wagyu? Kat Tony Roma's je ada. Saiznya yang besar pasti membuat anda cukup kenyang hanya dengan memesan Wagyu Burger. Kalau tak kenyang juga apa salahnya order sekali Wagyu Ribeye ker. Mana-mana beger memang tak sah kalau tidak ada Cheese, tomato segar dan salad. Begitu juga Wagyu Burger, selain bahan-bahan tadi Wagyu Burger juga mempunyai sos rahsia dari dapur Tony Roma's yang akan menambahkan lagi kelazatahan Wagyu Burger. 

Tony Roma's Wagyu Steak and Wild Mushroom Flatbread [RM55.00]

Menu ini agak rare sedikit sebab korang memang tak kan dapat rasa menu seperti ini di mana-mana restoran. Hanya di Tony Roma's sahaja. Kami pasti Tony Roma's Wagyu Steak and Wild Mushroom Flatbread agak baru walau bagi penggemar daging wagyu sekali pun. Dihidangkan dengan daging wagyu NY strip yang di gril dan diletakkan bersama flatbread yang rangup di bahagian atas dan dilengkapi bersama Havarti cheese, crumble blue chees, wild mushroom, red peppers, daun kucai dan juga creamy horseradish sauce pasti melengkapi satu menu yang cukup elegent ini. Boleh dikatakan ini antara menu pilihan kami. 

Peach Sunset, Fruite Tale & Pomegrante Pop [RM19.80]

Tak sah lepas menikmati hidangan utama, tak merasa kesegaran minuman bermusim dari Tony Roma's ini yang mempu menyejukkan tekak anda. Datang bersama set Wagyu ada 3 jenis minuman yang korang boleh cuba. Ada Peach Sunset, Fruite Tale & Pomegrante Pop. 

Desert [RM12.00]

Akhir sekali tiba masa untuk hidangan pencuci mulut. Ada 2 jenis pencuci mulut yang korag boleh pilih di sini. Samada Premium Carrot Walnut Cake ataupun Rich Double Chocolate Treat. Kami pilih Premium Carrot Walnut Cake untuk seimbangkan rasa daging wagyu yang penuh dengan rasa dengan satu hidangan pencuci mulut yang simple dan tidak terlalu manis. 

Jadi kalau korang teringin nak rasa kehebatan daging wagyu bolehlah datang ke Tony Roma's berdekatan. Untuk info leboh lanjut boleh lawati:

Facebook: TonyRomasMalaysia

Instagram: @trmalaysia