Smashed Burger - Australian Beef Burger Oleh Bekas Pilot Di Bukit Jelutong

FOODIE
November 27, 2020 - 06:27 PM


Sebelum ini Rileklah pernah mengeluarkan satu artikel mengenai seorang pilot yang membuka gerai makanan di tepi jalan. Kali ini ada lagi seorang pilot yang membuka gerai burger di area Bukit Jelutong. Bekas pilot tersebut bernama Naeem Nassir yang membuka gerai bernama Smashed Burger setelah kehilangan kerja akibat wabak COVID-19.

Menurut Naeem, beliau belajar cara untuk membuat burger daripada rancangan masakan di TV dan juga Youtube. Memang menakjubkan kerana burger yang dihasilkan oleh beliau sangat menyelerakan dan sedap. Seolah-olah sudah banyak pengalaman dalam bisnes ini. Burger tersebut diperbuat 100% daripada Australian beef ya, memang fresh.

Malah burger di Smashed ini juga mempunyai topping yang lain daripada gerai-gerai burger di luar sana. Naeem meletakkan caramelized onions, beef bacon, sos rahsia, dan macam-macam lagi. Bukan tu je, kalau korang tak nak keluar dari rumah, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan delivery (dalam area Bukit Jelutong) untuk order minimum RM20.

Dan untuk order di luar kawasan, mereka akan menggunakan khidmat third party seperti Grab. So kalau korang teringin nak makan Australian beef burger yang disaluti dengan topping lain daripada yang lain, korang bolehlah datang ke Smashed Burger di Bukit Jelutong ini. Jangan lupa jaga SOP dan penjarakan sosial ketika datang ke sini, pakai mask. Selamat menjamu selera guys!

Destination: