Warung Nasi Lemak Kantin, Port Sarapan Pagi Dalam Hutan di Hulu Langat Selangor
FOODIEIni baru lah betul Port makan santai! Makan-makan sambil menikmati udara dan suasana alam semula jadi. Nasi lemak dengan rendang ayam, rendang daging, sotong sambal, paru sambal, kerang dan kangkung, semua lauk dalam satu pinggan + Air hanya RM13 ? Yessss! Nasi lemak berlauk 5 jenis mereka berharga RM13.00 sahaja..
Ada 7 jenis minuman yang disediakan, iaitu teh 'O', teh panas, nescafe 'O', nescafe panas, milo panas, kopi 'O' dan air kosong. Ais juga disediakan bagi memenuhi selera minuman anda. Boleh menikmati minuman secara "freeflow" atau "refill".
Bagi mereka yang sukakan hidangan nasi lemak ini bolehlah cuba sesekali datang ke sini. Memandangkan Hulu Langat juga merupakan salah satu top destinasi percutian hujung minggu apa kata anda masukkan nasi lemak kantin ini dalam itinerari korang.
Waktu Operasi : Dari jam 7:00 pagi - 11:00 pagi.
Tutup setiap hari Isnin.
Alamat: Kampung Bukit Kundang Batu 14½ , Hulu Langat, sebelum Corner Wong
https://maps.app.goo.gl/8Ux66wjPmomCsXmx7
* pilihan Fav minuman : Teh tarik, teh ais, teh O, teh O ais, kopi O, kopi O ais, sirap*
Sumber: Jalan-jalan cuti santai