Teringin Nak Makan Kimchi Ala Cerita Korea? - Ini Resipinya, Gerenti Sedap!

FOODIE
October 15, 2018 - 05:46 PM


Kimchi merupakan makanan yang penting dalam diet orang Korea, makanan tradisi ni terdiri daripada sayur yang dah di jerukkan. Kebiasaannya, diorang akan gunakan kobis napa dan lobak putih korea.

Kobis dan lobak putih ni kendian akan dicampurkan dengan beberapa bahan lain macam bawang putih, halia dan macam-macam lagilah untuk sedapkan dia.

Antara K-Drama 'berhantu' - Boys Over Flower

Kalau korang perasan (kalau korang ‘hantu’ k-drama) lah, mesti diorang akan makan kimchi. Dalam rancangan realiti tersohor ‘Runningman’ pun selalu ada challenge atau makan kimchi ni. Kalau korang nak tahu, sebenarnya selain daripada makanan tradisi dan makanan ruji, ada sebab kenapa orang korea suka makan kimchi.

Salah satu sebabnya adalah, kimchi mempunyai probiotik, alah yang ada dalam susu kultur tu. Selain itu, disebabkan proses pembuatan kimchi ni ada melibatkan fermentasi, jadi terdapat bakteria ‘baik’ iaitu bakteria asid laktik.

Oh, patut la orang Korea suka. Kita yang tak minat masam-masam ni susah jugak la nak telan awal-awal. Hihihi.

Ok, cakap pasal kimchi ni kan, kalau korang nak cuba buat dirumah, kami ada jumpa resipi kimchi yang mudah dan senang. Bahan-bahan pun senang nak cari…

 

Bahan-Bahan :

Untuk Kimchi :-

1 biji Kubis cina

½ cawan garam kasar

2 biji lobak merah (dihiris/disagat)

1 biji buah pear atau epal (dihiris/disagat)

1 ikat daun bawang, dipotong seinci

¼ cawan serbuk cili

 

Bahan kanji :-

3 sudu besar tepung pulut

2 sudu besar gula

1 cawan air

 

Bahan kisar :-

1 ulas bawang besar kuning

3 ulas bawang putih

1 ½ inci halia

1 sudu besar gula

3 sudu besar sos ikan

1 biji pear atau epal

 

Cara Penyediaan : -

  • Kobis dibelah dua atau empat, caranya potong di bahagian pangkal menggunakan pisau. Tarik daun kobis satu per satu, bilas dan toskan.

  • Sapukan garam pada setiap helai kobis yang korang dah asingkan tadi. Simpan dalam bekas tertutup selama 6 hingga 8 jam dalam peti sejuk.

  • Selepas 6-8 jam, bilas kobis dengan air untuk kurangkan rasa masin tadi, tos dan perah sehingga kering.

  • Sambil tunggu kobis kering, boleh panaskan tepung pulut yang dah dicampur air dan gula tadi atas api yang kecil.

  • Kacau sehingga pekat (macam bubur), tutup api dan biarkan sejuk. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit
  • Untuk ‘sambal’ kimchi, blenderkan bawang besar, bawang putih, halia dan buah sama ada pear atau epal tadi. Tuang bahan yang dah dikisar ke dalam mangkuk dan tambah sos ikan, cili dan gula. Campurkan kanji yang dah dimasak tadi.

  • Gaul bahan hingga sebati
  • Masukkan lobak merah, pear dan daun bawang ke dalam pes sambal. Gaulkan sampai rata dan biar selama 30 minit. (ini untuk perasa diserap kedalam sayur)

  • Bahagikan pes sambal kepada dua (atau empat) ikut korang punya potongan kobis tadi. Sapukan sambal dan ratakan pada setiap helaian kobis. Ulang sampai habis.
  • Masukkan kobis tadi kedalam bekas kedap udara, kalau tak muat, lipatkan hujungnya. Mampatkan kubis hingga padat dan buang segala udara berlebihan dalam bekas.

  • Simpan 1-2 hari dalam peti sejuk, atau simpan pada suhu bilik untuk lebih cepat.

  • Selepas 1-2 hari, siaplah kimchi korang tu. Sebelum makan, potonglah kecik-kecik mengikut selera korang ye.

Selamat meng’kimchi’!

Destination: