Wow, 'Roti Gergasi' Vietnam Tarik Perhatian Dunia!

FOODIE
May 19, 2020 - 03:04 PM


Di selatan Vietnam terdapat sebuah daerah terpencil yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dipanggil Wilayah An Giang.

Namun, di sebalik lokasi terpencil itu, wilayah berkenaan menggemparkan dunia baru-baru ini apabila viral beberapa gambar roti bersaiz berganda besar daripada roti kebiasaannya.

Digelar sebagai 'roti gergasi', roti itu dihasilkan setinggi satu meter dengan berat mencecah hingga 3 kilogram!

VNExpress melaporkan, ada individu mendakwa gambar yang tular diambil menggunakan sudut tertentu untuk mencipta ilusi bagi menampakkan roti berkenaan besar.

Namun, dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali kerana ia benar-benar wujud dan dijual sekitar AS$2.14 atau RM10 setiap satu.

Media tempatan turut melaporkan roti berkenaan menjadi perhatian dunia selepas ia tular di media sosial. Dilaporkan, roti berkenaan baru saja dihasilkan dan ia bukan makanan tradisional di wilayah itu.

Pembuat roti, Pham Thi Bac ketika ditanya VNExpress berkata, pada awalnya dia hanya membuat roti berkenaan pada waktu lapang dan mengubahsuai ukuran roti berkenaan.

Lepas reda pandemik COVID-19 nanti dan korang ada rancangan nak bercuti ke Vietnam, bolehlah cari dan cuba sendiri roti gergasi ni! Hehehe...

Sumber: Harian Metro

Destination: